Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 10 December 2013

JAKIM Harus Ambil Tindakan Terhadap 'pemimpin No.2 PAS'-Zahid hamidi


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan berganjak dengan kenyataannya bahawa 'pemimpin No.2 PAS' adalah pengikut ajaran Syiah.


Dr Ahmad Zahid berkata, beliau ada bukti mengenai perkara itu dan berjanji akan mendedahkannya pada satu sidang media yang akan diadakan kementerian itu dalam tempoh terdekat.

Ia akan diadakan walaupun menerima ugutan daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Ahmad Zahid berhubung kenyataannya, selepas beliau menyangkal dakwaan tersebut.

"Dalam Islam, kita tidak boleh mempunyai mazhab lain kerana ia akan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.

"Saya melihat perkara ini dari sudut keselamatan.

"Saya tidak mahu apa yang berlaku (perang saudara) di negara lain juga berlaku di Malaysia," kata Dr Ahmad Zahid pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, Isnin.

Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2013, Dr Ahmad Zahid mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengambil tindakan terhadap 'pemimpin No.2 PAS', yang didakwa menjadi pengikut Syiah.-antarapos

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC