Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday 9 December 2013

Orang Kedua PAS Adalah Penganut Syiah!!?- Zahid Hamidi (video)



Ini bukanlah mengejutkan, tapi timing dan siapa yang dedah itu agak mengemparkan.Al kisah di Perhimpunan Agung UMNO petang Sabtu, Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bawa ada dikalangan pemimpin PAS adalah pengikut ajaran Syiah.

Semuanya bermula ketika Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu perwakilan dalam ucapan mengulong perbahasan di hari akhir perhimpunan itu bahawa Pertubuhan Pendaftaran (agensi bawah KDN) menolak permohonan Majlis Syiah Malaysia.

Kerajaan kata Zahid, akan menggunakan Akta Pertubuhan 1966 untuk menyita dan merampas premis yang digunakan oleh pengikut Syiah bagi menjalankan kegiatan mereka.

Menurut Zahid beliau juga telah berkerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan Suruhanjaya Tangani Ajaran Sesat yang disifatkan beliau akan memecah belahkan umat Islam.

Di satu peringkat, kata Zahid, beliau minta PAS supaya berkerjasama dengan UMNO untuk memerangi ajaran sesat.

Katanya, kerajaan menerusi KDN, berbesar hati sekiranya PAS turut bersama-sama kerajaan membanteras kegiatan Syiah dan memerangi pemimpin Syiah yang dipercayai berada di dalam parti Islam itu.

"PAS harus ketepikan kepentingan politik mereka, ini adalah mengenai agama dan akidah umat Islam negara ini," katanya.

Bagaimanapun Zahid berkata beliau hairan bagaimana parti Islam tersebut boleh memilih pemimpin dari kalangan pengikut Syiah.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS," katanya seraya disambut sorakan oleh perwakilan UMNO yang bertanya "siapa, siapa?".

Kenyataan Zahid menyebabkan Dewan Merdeka,Pusat Dagangan Dunia Putra yang dipenuhi perwakilan bergema dengan sorakan.

Sehingga ucapan Zahid terhenti seketika, sebelum Pengerusi Tetap Tan Sri Badaruddin Amiruddin mencelah bikin panas "cer cerita...cer cerita..."

Beliau tidak sebut nama sesiapa orang itu tetapi cuma kata pemimpin nombor dua parti itu.

"Kita hairan bagaimana PAS boleh pilih orang itu sebagai pemimpin nombor dua parti," kata Zahid jawab tandatanya mengenainya.

Beliau seterusnya meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin PAS tersebut.

Hanya seorang pemimpin nombor dua dalam PAS.Beliau ialah Mohamad Sabu yang baru ini memenangi pemilihan parti untuk penggal kedua.

tonton video ini

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC