Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday, 15 December 2013

Sukan Sea Myamar: WASIT/PENGADIL MAKAN RASUAH Buat Keputusan Berat Sebelah?


SKUAD silat negara ternyata kecewa dengan keputusan wasit pertandingan yang bersikap berat sebelah menyebabkan Malaysia terlepas satu pingat emas daripada pesilat senior Ahmad Shahril Zailudin dalam acara akhir kelas D (kategori berat badan 60-65kg).

Ahmad shahril terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-5 dalam kiraan mata kepada pesilat tuan rumah, Kyaw Naing Tun di Stadium Tertutup Zayer Thiri dekat sini hari ini. 
Pingat gangsa bagi acara itu milik bersama pesilat Indonesia, Sapto Purnomo dan Sakdo Omkaeo yang mewakili Thailand. 

Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata, keputusan wasit membatalkan tiga mata yang sepatutnya dikutip oleh Ahmad Shahril menjejaskan kedudukan Malaysia yang mendahului kutipan mata sejak awal pertarungan.
Foto
PESILAT negara, Ahmad Shahril Zainudin (tengah) ditenangkan jurulatih selepas tewas kepada pesilat Myanmar. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim

"Episod drama pesilat tuan rumah yang berpura-pura sakit pada pusingan kedua ternyata menunjukan bahawa mereka tidak mempunyai semangat kesukanan bagi mencari kemenangan mudah.
"Tidak semestinya mereka sebagai negara penganjur boleh mendapat mata tambahan tanpa perlu berkerja keras sedangkan pesilat kita jauh lebih baik dan sepatutnya meraih lebih banyak mata," katanya kepada pemberita. 

Megat Zulkarnain berkata, Ahmad Shahril telah diberi tiga mata oleh juri namun dibatalkan oleh wasit pertandingan yang jelas berat sebelah. 

"Kita tidak akan membuat bantahan kerana menghormati kehadiran Naib Presiden Myanmar yang hadir ke venue hari ini, namun kita akan bangkitkan perkara ini pada kongres silat dunia nanti," katanya. 

Sementara itu, Ahmad Shahril, yang kecewa dengan kegagalan mempertahankan pingat emas pada edisi kali ini, berkata beliau rasa sangat sedih apabila usaha gigihnya melancarkan beberapa gerakan bagi mendapat mata tidak dikira oleh wasit. 

"Saya terkejut selepas pusingan ketiga mata pesilat Myanmar semakin bertambah sedangkan beliau tidak melakukan sebarang sentuhan. 

"Amat pelik sekali apabila ianya telah dikira sebagai mata oleh wasit namun saya redha dengan kegagalan ini," katanya. 

Hadir sama menyaksikan perlawanan tersebut ialah Naib Presiden Myanmar, Dr Sai Mauk Kham. - Bernama

1 comment:

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC