Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 5 December 2013

Panas: Geng Tuhan Harun Mengganas,Rancann Bunuh Lebih Ramai PenguatKuasa!!!!


Panas,geng tuhan harun ni dah melampau,diorang ingat Malaysia ni dah tak ada undang-undang suka-suka nak membunuh orang sesuka hati.

PETALING JAYA: Pengikut ajaran sesat Tuhan Harun telah merancang untuk membunuh lebih ramai pemimpin penguatkuasa, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pengikut ajaran sesat bukan sahaja bertanggungjawab merancang dan menjalankan pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Rafli Abdul Malek bulan lepas, tetapi juga sedang dalam perancangan melakukan pembunuhan lain.

"Kita bernasib baik kerana berjaya menangkap pemimpin dan beberapa pengikut kerana mereka juga merancang untuk membunuh orang lain," katanya pada sidang akhbar di Wakaf Tapai, Kuala Terengganu, Khamis.

"Kita telah menangkap dua daripada 10 mahu pengikut ajaran sesat Tuhan Harun yang dikehendaki...masih mencari lapan lagi."

Ditanya nama-nama yang menjadi sasaran mereka, Khalid enggan mengulas lanjut tetapi menyatakan bahawa pengikut adalah pelampau yang akan mengambil jalan keluar dengan membunuh orang-orang yang menghalang pergerakan mereka.-antarapos

MF dah tak faham la dengan diorang ni,di mana letak iman diorang sebagai islam sampai sesat macam ni,lepas syiah kini geng tuhan harun ni pulak nak mengganas,MF harap pihak berkuasa juga kita sebagai orang awam dapat membantu untuk membenteras aktiviti sesat,supaya tiada lagi nyawa orang yang tidak berdosa menjadi mangsa...

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC