Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 21 December 2013

Zamihan mencabar Shahidan untuk berdebat mengenai isu Wahabi?



Tindakan Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari mencabar Datuk Seri Shahidan Kassim untuk berdebat mengenai isu Wahabi adalah satu perbuatan biadap dan tidak menghormati hirarki pentadbiran kerajaan.

Sebagai seorang pegawai kerajaan bukan tugas dan kelayakan beliau untuk berbahas dengan mana-mana Menteri. Jika ada ketidakpuasan hati beliau boleh memaklumkan kepada Menteri beliau agar dicari jalan penyelesaian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sebagai menteri yang mementingkan kebajikan beliau tidak mahu membuang masa.

Menurut laporan media hari ini, Zamihan mencabar Shahidan untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.

Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.

“Saya sedia berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat serta tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan masing-masing,” katanya.

Antara lain Zamihan berkata, Shahidan tidak layak membincangkan isu Wahabi atau yang berkaitan agama kerana ia bukan di bawah bidang kuasa menteri itu.

Katanya, tindakan bekas menteri besar Perlis itu membela Wahabi membayangkan Shahidan juga berpegang kepada ajaran itu.

“Apakah alasan Shahidan untuk kita perlukan Wahabi kerana fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah jelas dan ajaran seperti Wahabi tidak diperlukan di negara ini,” katanya.

Zamihan berkata, semasa deklarasi Amman Message, Shahidan merupakan salah seorang pemimpin kerajaan yang terlibat menandatangani perjanjian itu.- 20 Disember, 2013.

Mungkin sudah tiba masanya KDN menyerahkan sepenuhnya urusan agama Islam kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Nampak sangat tidak masuk akal hal-ehwal agama Islam diuruskan oleh KDN sedangkan kita telah pun mempunyai Menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Jakim.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC