Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 7 December 2013

Status TERAKHIR Pencuri Tabung Masjib Yang Dipukul Hingga Mati!!





Seorang pemuda dipukul sampai mati oleh penduduk setempat jam 4.30 pagi Selasa lalu selepas ‘kantoi’ cuba mencuri wang dari tabung masjid menggunakan dawai di Pandan Indah.Baca artikel sebelum ini klik disini


Shahreza Fauzi, 20, meninggal dunia di Hospital Ampang dipercayai kerana kecederaan parah di kepala,

badan, tangan dan kaki akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Remaja lelaki maut dibelasah di Masjid Al Azim, Pandan Indah dan status terakhir dalam aplikasi Whatsapp miliknya.



Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sebatang kayu yang mungkin digunakan untuk memukul mangsa.

Mayat Shahreza kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

The Star melaporkan, seorang rakan arwah sejak kecil yang cuma mahu dikenali sebagai Nazrin berkata, Shahreza tinggal bersama bapa tiri di Bukit Indah, Ampang selepas ibunya meninggal dunia lima bulan lalu. Bapa kandungnya pula sudah lama tiada.

Sebelum kematian, Shahreza menunjukkan perangai pelik termasuk memuat naik status berkaitan kematian di Facebook dan Whatsapp.

Susulan kematian Shahreza, empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC