Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday, 18 December 2013

INFO: Mitsubishi Bakal Lancarkan EVO Baru!!


Evo baru, Platform baru

Sebutlah nama Mitsubishi di hadapan 2 orang yang berbeza dan anda mungkin akan dapati dua imej Mitsubishi yang berbeza. Para pecinta alam sekitar akan memeberitahu akan tentang kemajuan syarikat ini dalam pembangunan kenderaan elektrik (EV) , manakala para peminat prestasi pula akan menunjukkan anda Lancer Evolution, yang lebih mesra dikenali dengan nama Lan Evo di rantau ini. Desas-desus di internet mengatakan bahawa kelahiran Evo baru semakin hampir.


Walaupun Mitsubishi dilaporkan sedang berusaha untuk memperkemaskan barisan dari 23 model di 12 platform yang berlainan kepada 13 model di 7 platform yang dijangkakan selesai pada tahun 2016, Evo seterusnya akan dikecualikan daripada senarai ini. Seperti Subaru lakukan dengan WRX berasaskan Impreza sebelum ini (atau apa yang dilakukan Nissan kepada Skyline GT- R sebelum ini), Evo baru ini dikatakan tidak akan mempunyai apa-apa kaitan dengan Lancer akan datang, kerana ia akan dihasilakn berdasarkan platform Renault -Nissan.

Pada platform unik itu, Mitsubishi mungkin memasang enjin turbo suntikan terus yang kecil ( berkemungkinan diesel) berdasarkan enjin turbo 1.1 liter, 3 silinder dalam konsep XR- PHEV yang dilihat di Tokyo Autoshow, diperkuatkan dengan motor kecil elektrik berbateri ringan dan pacuan empat roda melalui versi Super All-Wheel Control System yang dipertingkatkan. Mitsubishi masih belum melaporkan sama ada nama “Evo” akan kekal atau pun bakal diganti dengan nama yang lebih garang.

Bagaimana? Tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti? Sementara itu, mari kita layan gambar Lan Evo 2011.

Layan gambar selebihnya di SINI

1 comment:

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC