Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 3 December 2013

Kenali Pelakon Melayu Pertama Berlakon Di Hollywood





Nama Ibrahim Pendek merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia perfilemen pada suatu ketika dahulu. Namanya cukup gah dan pernah berlakon sebaris pelakon hebat seperti Tan Sri P Ramlee. 
Biarpun telah meninggal dunia pada  25 November 2003, nama Ibrahim sentiasa meniti di bibir peminat kerana aksi lakonannya yang mencuit hati.
 Tahukah anda bahawa beliau merupakan seorang pelakon Melayu yang pertama berlakon di Hollywood. Boleh tonton video di atas.
Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Bin Hassan dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1932 adalah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat.
Sewaktu berlakon dalam filem Ali baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu.
ibrahimpendek2
ibrahimpendek3
Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962.
Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC