Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday 9 December 2013

Tiga belas anggota tentera hilang masih belum ditemui



Pamglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi mengesahkan kehilangan 13 anggota pelatih komando yang sedang menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka, Melaka, malam semalam.


Menurutnya, gerakan mencari anggota terbabit sedang giat dijalankan dan sehingga ini tiada perkembangan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Difahamkan, ketika kejadian bot dinaiki mereka bersama empat bot lain dalam perjalanan dari persisir pantai Sungai Udang ke pulau berkenaan.

Dipercayai, kumpulan itu dilanda ribut dan ombak manakala hanya tiga bot yang dinaiki seorang pegawai dan 35 anggota sampai ke Pulau Upeh, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Dalam pada itu, menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan 13 anggota tentera di perairan Selat Melaka.

Menurut bombe, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dihantar ke lokasi dan sehingga ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan. - HMetro

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC