Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 19 December 2013

kaji kos sara hidup rakyat Malaysia -KJ



KUALA LUMPUR: Sebuah makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia bakal ditubuhkan di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata makmal ini akan ditubuhkan untuk mengkaji kos sara hidup masyarakat dan memberi bantuan kepada golongan sasaran yang memerlukan.


Khairy berkata makmal itu akan ditubuhkan awal tahun hadapan.

“Makmal ini akan mengkaji kos sara hidup dan akan mengemukakan cadangan dan cara penyelesaian serta cadangan. Cadangan tersebut akan dibentangkan di Kabinet selepas dimuktamadkan,” katanya kepada Astro AWANI.

Khairy berkata beliau membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet yang diadakan hari ini, kerana kos sara hidup yang meningkat adalah suatu perkara yang sangat serius.

“Kita perlu memberi jaminan bahawa kualiti kehidupan rakyat Malaysia adalah baik,” katanya.

Khairy turut berkata keanggotaan makmal itu akan diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Datuk Seri Idris Jala.

Sebelum ini, Khairy telah berkata tiga perkara pokok yang membelenggu golongan belia di negara ini ialah kos sara hidup, rasuah dan kejadian jenayah.

"Perkara ini perlu dibangkitkan di peringkat Kabinet supaya tidak ada tekanan dalam kalangan rakyat," katanya.


sumber: http://www.astroawani.com/news/show/khairy-makmal-kaji-kos-sara-hidup-rakyat-ditubuhkan-tahun-hadapan-27149?cp

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC