JIKA MELAYU HILANG KUASA POLITIK
Bayangkan
seketika, andainya Melayu kehilangan kuasa politik. Apakah nasib yang bakal
menanti?
Kita anggap
ini hanyalah mimpi ngeri yang muncul dalam tidur kita, bukannya satu kenyataan.
Asal bumi ini bernama Tanah Melayu, ia menunjukkan bumi semenanjung ini hak
milik bangsa Melayu. Mana mungkin ia akan berubah menjadi milik bukan Melayu. Bukan
itu sahaja, seluruh Nusantara adalah Kepulauan Melayu. Ia dikenali sejak
berabad abad dahulu.
Mungkinkah
ia akan beralih tangan? Kalau Singapura yang asalnya bernama Temasik itu mutlak
hak Melayu, kini berubah nama jadi Singapore, adakah Tanah Melayu juga akan
ikut hilang dan bertukar kembali kepada Malayan Union yang cuba dibangunkan
Penjajah? Malayan Union Baru, tiada Sultan, tiada Agama Rasmi, tiada Hak
Istinewa Melayu? Sama rata sama rasa? Tiada lagi keistimewaan Melayu dalam
sebarang bidang terutamanya pelajaran sebagaimana sekarang. Tiada lagi tanah
rizab Melayu yang menjaga agar Melayu masih ada tempat tinggal (tak tinggal
atas pokok) - Melayu nak tinggal di mana jika semua tanah dikuasai pendatang
yang kaya raya?