Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 25 May 2013

PEMIMPIN PR AKAN DIDAKWA, DUA LAGI BAKAL DITANGKAP!!




Dikemaskini Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su dijangka akan didakwa Isnin depan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) berkaitan satu perhimpunan selepas pilihan raya di Ipoh dua minggu lalu.Selain Su, Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk hadir pada hari Isnin untuk didakwa di bawah undang-undang yang sama di Mahkamah Sesyen Ipoh pada hari yang sama.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pemimpin DAP itu mengesahkan
perkara itu, dan menurutnya, pegawai penyiasat kes itu telah memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei.

Su (kiri) berkata beliau akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) APA kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan itu pada 9 Mei di Ipoh untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya.

"Ia membuktikan bahawa transformasi untuk mewujudkan demokrasi adalah pembohongan," katanya, sambil mendakwa APA telah menjadi satu undang-undang zalim untuk menindas pembangkang.

Menurut laporan media, perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP Perak di sebuah dewan persendirian di Ipoh telah dihadiri kira-kira 20,000 orang, berpakaian hitam.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang adalah antara penceramah di perhimpunan tersebut.

Polis Perak juga menyiasat satu lagi perhimpunan bantahan yang dianjurkan oleh PKR Perak pada 12 Mei, yang dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-SUMBER

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC