Sedang kita semua sibuk berkenaan PRU,himpunan haram,Kes adam adli,tian chua kena tangkap,dan macam mesti kita terlupa akan pembunuhan kejam keatas jutawan kosmetik Datuk sosilawati kini berada di episod kemuncak.
Allhamdulillah pembunuh sememang harus mendapat hukuman yang setimpal akibatnya Ke Tali Gantung Juga Akhirnya - Pathmanabhan dan 3 pekerja dihukum mati !
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Tahniah kepada pihak berwajib,kerana berjaya menyelesaikan kes ini~~
Orang Melayu tak kecoh pun pasal perkauman. Kalau kena kat DAP ni habis satu dunia dia jaja... Org melayu mmg sabar tapi jgn pijak kepala kami.
ReplyDelete