Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 18 May 2013

KDN KEMBALI 'MENGAUM'…TAHNIAH ZAHID HAMIDI


 

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan baru kabinet ‘transformasi’ PM Najib. Dengan meletakkan barisan kepimpinan jitu terdiri dari pemimpin berpengalaman,teknokrat dan orang muda.

 Lebih penting dari itu rakyat tertunggu-tunggu siapakah menteri yang mengemud kementerian paling lasak dan paling mencabar seperti Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Ada yang sudah menganggap dua kementerian ini merupakan tulang belakang terpenting sesebuah kabinet dan negara Selepas pengumuman semalam akhirnya siapa yang mengepalai dua Kementerian ini sudah pun terjawab.

Zahid Hamidi telah mengisi tempat di KDN dan Hishammuddin mengisi tempat di kementerian pertahanan.Bagi seorang pemimpin berpengalaman dan pernah mengemudi beberapa kementerian sebelum ini, Zahid Hamidi tidak ada masalah mengemudi kementerian baru di KDN kerana rakyat mahukan keamanan dalam negara dikembalikan seperti sediakala yang kini sedikit huru hara disebabkan oleh gangguan pemimpin kemaruk kuasa iaitu Anwar Ibrahim.

 KDN yang sebelum ini terpalit dengan kelemahan yang terlampau disebabkan mempunyai pemimpin yang lembik dan suka berunding akan ditiup kembali rohnya dengan kehadiran zahid yang umum ketahui bersikap tegas tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang cuba menggangu gugat keselamatan dan kemakmuran negara.

Bagi Zahid Hamidi mengepalai KDN adalah sesuatu yang tidak sukar mana, cuma beliau mungkin terpaksa mencuci taik-taik yang ditinggalkan oleh Menteri sebelumnya terlebih dahulu sebelum dapat mengembalikan maruah kementerian ini yang sudah sepenuhnya dipenuhi kepimpinan lembik dan pondan.

Keamanan dan kesejahteraan rakyat mesti dikembalikan dengan segera!Huru-Hara yang dicetuskan oleh puak-puak Anwar dan konco-konconya perlu dihentikan segera!Dalang pencerobohan Lahad Datud segera ditangkap dan didakwa tanpa kompromi!Api sentimen perkauman yang cuba dimainkan beberapa pihak segera dihentikan dan bertindak tegas kepada pihak tersebut! Dan tugas ini sesuai untuk orang seperti Zahid Hamidi selaku Menteri KDN yang baru.

Sudah pasti KDN sudah berkuku dan bertaring semula! Syabas dan tahniah Zahid Hamidi…SUMBER

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC