Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 28 May 2013

Siapakah Penasihat PM Yang Harus Dipecat Bak Kata Tun Daim?


BN silap ikut strategi badut Pakatan – Daim

KUALA LUMPUR: Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi ‘badut’.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.

Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.

Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.

“Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga,” ujar Daim.

“Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden,” katanya

“Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. “

Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

“BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.

“Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti,” katanya.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.

“Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.

“Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur,” kata beliau.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi negeri selepas saingan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan besar dengan mengambil baki 30 kerusi negeri.

Dalam respons kepada soalan lain, Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, graduan muda dan miskin bandar.

Daim dalam pada itu berkata kekalahan BN di Selangor adalah akibat perbalahan dan sabotaj, yang berpunca daripada salah memilih calon.

BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang 20 kerusi berbanding 2008.

“Dengan calon-calon yang tidak turun padang, mengabaikan ketua-ketua bahagian, tidak melawat ahli-ahli dan pengundi, sabotaj, anda tidak boleh menang,” kata Daim. – AntaraPos

3 comments:

  1. Aku memang bersetuju sangat2 dengan nasihat Tun Daim, contohnya Kelantan semua PM akan berasa megah sekiranya Kelantan tewas, maka bertabur2lah duit untuk menang...last2 sampai la ni dok kalah sukmo "an investment never returned", UMNO insaflah, tak payah bermegah2 dengan apa yang telah di buat, rakyat melihat apa2 yang telah tuan2 buat, kemenagan ini pun kerana ada rakyat memikirkan kepentingan bangsa dan agama, sebab rakyat dah meluat, fikir-fikirkan lah.....

    ReplyDelete
  2. HELO . INI X-MEN.KAWAN-KAWAN AKU DAH LIST OUT KAN BARANG DAP KOMMUNIS.SO TOLONG JANGAN BELI BARANG INI BECOZ DAP COMMUNISTS INGIN HAPUSKAN MELAYU,DAYAK DAN BANGSA2 LAIN DARI MALAYSIA.
    ORANG2 MELAYU,ISLAM ,INDIA DAN DAYAK JGN BELI DAP RASIS COMMUNIST PRODUK KAT BAWA INI
    DIUT UNTUNG DARI PRODUK MEREKA DI GUNAKAN UNTUK FUND COMMUNIST PARTY DAN IDEOLOGY MEREKA .
    SO JANGAN BELI PRODUK DI BAWA INI.
    SENARAI BARANGAN SEKUTU DAP

    MINYAK MASAK
    1) Minyak Sri Murni
    2) Minyak Knife
    3) Minyak Buruh
    4) Minyak Naturel
    5) Minyak Daisy

    MINUMAN
    1) PowerRoot Ali Café
    2) PowerRoot Oligo Cereal
    3) PowerRoot 9Spot Isotonik
    4) Malta
    5) Teh Cap Masjid
    6) NutriMalt
    7) Teh Guru Cap Masjid
    8) Drinho All Drinks
    9) Isomax Isotonic
    10) HomeSoy

    BARANGAN PENGGUNA & MAKANAN SEGERA
    1) Pau Ahmad
    2) Sri Murni Nugget
    3) Marina Tuna
    4) Marina Nugget
    5) Roti Massimo
    6) Farm Crows Butter
    7) Tepung Gandum Cap Sauh
    8) Semua Prodik London Biscuits (London Rolls DLL)
    9) Semua Produk Khee San Bhd (Gula-Gula Fruit Plus, Fizzy Orange, Mint, Wafer & Lain-Lain Makanan Tepu)
    10) Semua Produk Malaysia Dairy Industries Ple Ltd (Vitagen, Marigold, Peel Fresh, HL Milk DLL)
    11) Semua Produk NONA

    RESTORAN
    1) Old Town White Coffee
    2) Baskin Robbins Ice Cream
    3) Dunkin Donuts
    4) Sakae Sushi
    5) Mc Donalds


    PASARAYA
    1) Pasaraya EconSave
    2) Pasaraya 99 SpeedMart
    3) Pasaraya KK mart
    4) Pasaraya NSK
    5) Mc Donalds

    BARANGAN & PERKHIDMATAN PENGGUNA (BUKAN MAKANAN)
    1) Goh Ban Huat (GBH) –Pengeluar kelengkapan tandas & pembentungan
    2) Focus Point (Optometrist)
    3) Bas Konsortium Ekspres
    4) Bas KKKL Ekspres
    5) Bas Five Star
    6) Bas TranStar
    7) Bas Genting Ekspres
    8) S & S Ekspres
    9) Eagle Ekspres
    10) Bas SE Super
    11) Antar Holiday
    12) Boon Best

    MEDIA
    1) The Sun
    2) The Star
    3) Semua Akhbar Berbahasa Cina
    4) Rocket
    5) Suara Keadilan
    6) Malaysiakini
    Posted by GAP at 6:58 PM


    May 28, 2013 at 3:16 AM

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC