Semua dokumen dan maklumat terperinci babitkan tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terbabit insiden Lahad Datu Sabah sudah diperolehi dan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, Polis dan dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut bagi tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun, nama mereka yang didakwa terbabit tidak akan didedahkan untuk mengelak prasangka dan prejus apabila kes itu di bawa ke mahkamah.
"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti,”
"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ahad, Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee mendesak tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Sebelum ini, Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di
Lahad Datu, Sabah.
Sementara itu. Menurut Zahid tindakan aktivis pelajar menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan disifatkan sebagai tindakan di luar amalan demokrasi.
Katanya, tindakan menggulingkan kerajaan tidak pernah berlaku dalam negara ini dan perbuatan itu adalah cubaan untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Agong.
"Semua rakyat setuju pembentukan kerajaan dibuat melalui sistem demokratik dan tidak pernah terjadi rampasan kuasa untuk bentuk kerajaan," katanya.
Beliau mengulas penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim, yang didakwa mengeluarkan kenyataan baru-baru ini yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.
Ahmad Zahid berkata pihak polis menahan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mengikut undang-undang.
Aktivis pelajar itu ditahan polis dua hari lepas mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.-20/5/2013- OLEH ROSLAN BIAN-Agenda Daily
No comments:
Post a Comment