ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER
Sunday, 12 May 2013
NAJIB CABAR AnuWAR BAWA KES KE MAHKAMAH!!
Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan bahawa UMNO tidak tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sebaliknya parti tersebut berjaya menambahkan bilangan kerusinya daripada 79 kepada 88.
Tegas beliau, perhimpunan sempena ulang tahun ke 67 UMNO di Dewan Merdeka menunjukkan bahawa parti tersebut gagah perkasa.
“UMNO bukan parti rasis. UMNO parti yang sederhana dari dulu hingga sekarang. Kita memberi keadilan hak kepada bukan Melayu dalam negara kita dan kita menganggap mereka sebagai rakan kongsi.
“Kita tetap akan pertahankan dasar yang sederhana dan saksama dalam negara ini. Inilah formula yang terbaik dan bukannya formula keterlaluan untuk memancing undi yang akhirnya akan memusnahkan negara kita. Kita tidak akan benarkan politik yang sedemikian,” tegas beliau.
Ujarnya, meskipun diasak dan diserang dengan pelbagai tuduhan, tohmahan, fitnah dan mehna tetapi akhirnya rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, ingin kepada kesinambungan dan ingin melihat agenda pembangunan dan transformasi negara yang dibawa oleh BN diteruskan.
“Saya sebagai Pengerusi BN lebih awal lagi menyatakan bahawa BN akan menerima apa juga keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam PRU namun yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi, yang mengatakan bahawa rakyat itulah yang akan menentukan segala-galanya setelah PRU berakhir tetapi enggan menerima keputusan demokrasi Parlimen yang telah ditentukan oleh rakyat Malaysia.” Katanya, pelbagai alasan diberikan oleh pembangkang kononnya telah berlaku penipuan dalam PRU13.
“Mereka bawa cerita kononnya kita mengimport 40,000 Mat Bangla untuk mengundi dalam pilihan raya. Kalau nak bawa 40,000 Mat Bangla, sebuah Jumbo muatannya 400 bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya kepada pembangkang, tunjuk d imana ada 100 buah jumbo yang telah mendarat di lapangan terbang kita.
“Mereka mengembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan dalam cerita-cerita yang tersebar dari mulut ke mulut seolah-olah satu cerita dongeng sebagai kebenaran yang mutlak. Yang menghairankan kita, orang yang dikatan cerdik pandai pun termakan dengan cerita tersebut. Inilah angkara yang telah dibuat oleh pembangkang.”
Bidasnya, dakwat kekal dipertikaikan walhal dakwat kekal itulah yang dituntut mereka sebagai satu kaedah dalam pilihan raya. “
Cerita yang kecil dibesarkan, ‘blackout’ dalam satu kawasan dikatakan sebagai salah satu cara untuk menipu walhal daftar pemilih itu ada dalam tangan mereka di setiap saluran mengundi, ada ‘polling agent’ yang menunggu dan menyaksikan segala prosesnya.
“Sehingga ke hari ini belum ada bukti bahawa penipuan berlaku, maka kalau ada satu bukti bawalah ke mahkamah dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah tetapi jangan sekali-kali menyusahkan rakyat, mencemarkan nama negara kita ini semata-mata kemaruk kuasa yang tidak kesampaian.”
Soal beliau lagi, inikah yang dikatakan mereka mengamalkan prinsip demokrasi, memperjuangkan sistem yang adil, yang terbuka dan sebagainya?
“Tidak ada rasuah, tidak ada nipotisme tapi hari ini Timbalan Presiden partinya telah pun berlaku nipotisme dalam parti.
“Adakah ini ‘double standard’ kalau sistem pilihan raya ini begitu tercemar, sudah dinodai dengan penipuan walhal kenapa angkat sumpah (Ketua Menteri) di Pulau Pinang, kenapa angkat sumpah di Kelantan, kenapa sudah terima di Permatang Pauh, kenapa sudah terima di Gelang Patah.
Dengan sistem yang sama digunakan tapi jika menguntungkan mereka akan diterima sebaliknya jika tidak menguntungkan akan ditolak. Inilah hipokrasi yang paling besar.”
Dalam masa yang sama, beliau juga mengajak rakyat bermuhasabah dengan memperbetulkan segala kelemahan dan kekurangan di samping berterima kasih kepada semua pengundi selain mencari punca kenapa mereka tidak mengundi BN.
“Jangan kita sombong, jangan kita angkuh kerana kita adalah parti yang disokong rakyat yang suka dan percaya dengan apa yang telah kita perjuangkan.” - MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARAH SATRIA
Popular Posts
-
Macam – macam perangai budak-budak sekolah sekarang. Ada budak sekolah bertudung yang berani melakukan seks di tempat terbuka. Diorang n...
-
CLICK PHOTO PETALING JAYA: Siti Aishah Abdul Wahab, warga Malaysia yang dipercayai menjadi hamba domestik di London, tidak menyesal ...
-
CLICK PHOTO Hari ini MF terjumpa satu artikel menarik berkenaan seks bebas. Ini adalah kejadian sebenar yang berlaku pada remaja per...
-
KLIK PHOTO 1. Orang Yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaks...
-
CLICK PHOTO Gaduh sampai terbogel maruah diri, apa tindakan kita sebagai ibubapa ambil?nak disalah ibubapa? patut ke? nak disalahkan p...
-
Antara Orang-Orang Yang Bertanggung Jawab Menyebar Dakyah Syiah Di Malaysia Ialah: 1. Ketua Syiah Malaysia (Mohd Kamil Zuhairi Abd Azi...
-
KUALA LUMPUR 3 Julai – Model Felicia Yeap, 28, menganggap hari ini adalah hari kelahiran semula dirinya setelah menganut agama Islam secar...
-
KLIK PHOTO Sebenarnya admin tak nak keluarkan artikel ni sebab terlalu memalukan melihat kepada tingkah laku anak-anak pelaj...
Entri Malayan Fighter
-
▼
2013
(1164)
-
▼
May
(110)
- TERKINI:GURU CINA DIBURU POLIS!!
- Nurul Izzah Kantoi menipu lagi!!!Dasar mulut Puaka!!
- PANAS:Tahniah!!! 20 ribu Pelajar Desak Zahid Hamid...
- PANAS: Nasib 21 penyokong PR Di Singapura!!!
- LIHAT SAJA BANGSA BIADAP DI PENANG!!!
- PANAS : (Video)LIHAT BETAPA CILAKNYA TENTERA AMERI...
- Tan Sri SYed Mohkhtar Al-Bukhary dihentam Pemimpin...
- PENANG NEGERI PALING KOTOR DI MALAYSIA!!
- Barua PR Safwan tidak mahu dijamin kerana protes-C...
- PANASS!! Rakyat 'PM Stadium' Kena Tangkap Minta To...
- MANA DATANGNYA PENGUNDI HANTU CINA??wajib baca!!!
- RETORIK PR ISU UNDI POPULAR!! Wajib BACA
- (video) JOM beli barangan BUMIPUTERA!!Boikot baran...
- PANAS: Vidoe Lakonan Khairy Jamaluddin Memang TERB...
- PUNCA SEBENAR KEKECOHAN DI STADIUM DARUL TAKZIM!! ...
- PANAS (Video)Sekitar pencemaran PAHANG vs JDT Mala...
- Orang Melayu Tanpa Kuasa POLITIK!!wajib BACA!!
- BOIKOT tetap BOIKOT..apa yang nak BOIKOT mai baca ...
- Siapakah Penasihat PM Yang Harus Dipecat Bak Kata ...
- BUKTI ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK!!!??WAJIB BA...
- ' MELAYU BANGSAT' 'MELAYU SAMSENG'- PERLUKAH KITA ...
- Azran Air Asia diminta jangan bersetongkol dengan ...
- (video)Cilaka!!Peniaga Cina Pukul Pembeli!!
- BONGKAR 2: SIAPA SEBENARNYA RED BEAN ARMY,WAJIB TO...
- HOT!! Lagi Cerita Berapi Pemuda PAS DAN AMK bergad...
- Ini adalah realiti!!!
- PANAS: PAS dijanka akan menfailkan 20 patisyen!!
- PANAS: PEMBANGKANG KANTOI LAGI!!!
- BOIKOT BARANGAN CINA,MENGAPA??BACA DAN FAHAM LA NA...
- UMNO P.Pinang sedia pangku jawatan Pengerusi BN Ne...
- HIMPUNAN FESTIVAL BELIA LEBIH MENDAPAT SAMBUTAN!!
- TERKINI : LAPORAN HIMPUNAN #BlackOut505 KEBODOHAN ...
- THIS IS CALL TECHNOLOGY ,CARA PROCESS AYAM DAN TAU...
- GAMBAR BLACKOUT ADALAH LAKONAN PR (WAJIB BACA) ,KI...
- PEMIMPIN PR AKAN DIDAKWA, DUA LAGI BAKAL DITANGKAP!!
- NGERI(18SG): PADUKA AYAHANDA GOMBAK DITETAK (GAMBAR)
- MAKSUD SEBENAR TSUNAMI CINA !! MELAYU BUKAN RACIST!!!
- PANAS: lagi pensyarah kantoi menghasut untuk MENEN...
- KEPENTINGAN CYBERTOOPER!!! baca la baru faham..
- PANAS: (VIDEO) 6 HARI DILOKAP,LUAHAN ADAM ADLI!!!
- PANAS:Pembunuh DATUK SOSILAWATI Ke Tali Gantung Ju...
- HOT :(VIDEO) Monyet (TIAN CHUA) di tangkap pihak P...
- PANAS: NURUL IZZAH KINI DALAM SENARAI POLIS!!!
- 15 NGO Kemaman desak polis lebih tegas !!!
- UGUTAN BUNUH!! KENYATAAN USTAZ KAZIM(VIDEO)
- Subhanallah...apa dah jadi dengan ORANG MELAYU ISL...
- TERKINI: Adam Adli didakwa esok..BAGUS SANGAT!!!
- YANG MENANG AKAN JADI PENIPU-TUN MAHATHIR
- PANAS: amoi stim kini dalam siasatan POLIS!!??
- LUCU VIDEO NI RUGI KALAU TAK TENGOK!!!..hihihih
- TERKINI:Keadaan ADAM ADLI di Lokap..Baru hang tau!!!
- APA LAGI CINA DAP MAU?? MAI LA BACA SINI!!
- DEMI MENJADI PM,ANUAR MELUDAH SAHABAT KARIBNYA??
- GILA: PEMAIN LIGA M DI ANCAM BUNUH??
- HOT LAHAD DATU: 3 PEMIMPIN PEMBANGKANG DI FILE KAN...
- DENDAM AZRAN OSMAN CEO AIR ASIA,TEMBALANG TERPECAH...
- SEDAP SUARA BUDAK NI!!ARTIS BARU YOUTUBE LA NANTI ...
- Murid Cedera Kena Objek Terbang
- ( VIDEO )DUNIA SEMAKIN KEJAM MARAH KAN ISTERI ANAK...
- HOT: padan muka hang!! ADAM ADLI KENA REMBAT!!
- (VIDEO )free...free...free your breast !!!!!
- PANAS: USTAZ KAZIM DIUGUT BUNUH OLEH MUSIBAT JALAN...
- video bomoh menilik kemenangan PR masa PRU13 lalu!...
- (VIDEO) PENGHASUT MAHASISWA ADAM ADLI MENCABAR KEW...
- WEI musibat lu ingat ini negara bapak lu punya ka??
- ( VIDEO ) erti sebenar "KEBANGKITAN RAKYAT" wajib ...
- KARPAL SINGH BESAR KEPALA DAN BERSIKAP KURANG AJAR!!
- GEMPAR!! ADAM ADLI DITAHAN ATAS AKTA HASUTAN!!! PA...
- KDN KEMBALI 'MENGAUM'…TAHNIAH ZAHID HAMIDI
- Amaran keras Pada Najib Razak!!!!!!!!
- AWESOME VIDEO!!!! MUST WATCH!!!!!
- 2034 MALAYSIA HOS PIALA DUNIA -KJ
- Hidupkan I.S.A kembali!!!!!!!!
- Video ini DI DEDIKASIKAN khas BUAT ANUAR!!!!(MUST ...
- Wei MUSIBAT lu berani Lu sahut la cabaran !!
- AWAS!!!! KALIMAH ALLAH pada kitab kristian kini ME...
- PANAS!!!! ABC - ASAL BUKAN CAUVINIS!!!!!!!!
- Hot:(VIDEO) NIZ AZIZ kena tempeleng lagi!!!!!!
- Cilaka Sebuah lori CUBA untuk Buat PROVOKASI 13 ME...
- TRIBUTE (2) 13 MEI: FAKTA MENGENAI DAP YANG WAJIB ...
- NAJIB CABAR AnuWAR BAWA KES KE MAHKAMAH!!
- HIMPUNAN HARAM BATU KAWAN,RAKYAT TIDAK SOKONG DAN ...
- PERBEZAAN DIANTARA CINA DAP dan CINA MALAYSIAN!! y...
- CyberTrooper DAP kantoi!!! cilaka Sungguh!!!
- ORANG MELAYU MULA DISERANG!! APA KATA PAS?? TENGOK...
- Tangan-Tangan yang menjahanamkan AGAMA,BANGSA,DAN ...
- PANAS!!!MEMANG SAH PAKATAN RAKYAT MENANG!!
- ( VIDEO )MUST WATCH: anuWAr in ACTION "TIADA APA Y...
- Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin memang hebat dal...
- CheguBird kena pukul kesian giler!!!
- Azmin Ali & Mak Lampir Hendak Lompat Parti? Ini Pe...
- PERKARA BODOH YANG PUAK PR PATUT TAHU
- 18 Fakta Menarik,ORANG Di Nibong Tebal anda perlu ...
- Sebagai EX-Masyidul AM kenyataan NIK AZIZ harus DI...
- SERAM: Rupanya Nik AZIZ di PECAT Sultan Kelantan?b...
- PELAJAR MENGHINA KERAJAAN MALAYSIA!!!
- Penang HEBAT!! Harga Rumah Makin Terus Melambungg !!
- Siapa Menteri Besar Diselangor??PAS ATAU PKR?
- Pembangkang Sudah MULAKAN PROVOKASI !!! #PRU13 #PG...
- HOT!!! CheGuBird kena SEKEH dengan Penyokong BN!!!!
-
▼
May
(110)
Pandangan saya, dalam keadaan ini beberapa perubahan/transformasi besar harus dilakukan UMNO segera. Antara yg utama:
ReplyDelete1) Anjakan paksi perjuangan UMNO kepada Islam, tanpa meminggirkan Melayu sebagai bangsa teras Islam di negara ini. Harus bermula dengan penubuhan Majlis Syura UMNO yang memandu perjalanan parti. Perjuangan mempertahankan Islam dan Perlembagaan diperteguhkan pada peringkat ini
2) Pembukaan keahlian penuh UMNO kepada Cina Muslim, India Muslim, dan Bumiputera Muslim lain seperti Siam, Orang Asli, serta suku2 di Sabah & Sarawak, berbanding sekadar ahli bergabung kini. Sayap khusus untuk setiap kelompok ini diwujudkan demi memperjuangkan hak masing-masing. Parti-parti Bumiputera di Sabah & Sarawak dijemput bergabung dalam satu Gagasan Mega ini
3) UMNO harus menjuarai isu hudud dan negara Islam, berbanding PAS yang semakin tenggelam. Pelaksanaan secara hemah dan tertib amat penting, mengambil kira kewujudan masyarakat non-Muslim. Ini juga mendekatkan penyatuan UMNO-PAS.
4) Berdasarkan perubahan 1, 2 dan 3 di atas, Cadangan penukaran nama asal UMNO kepada United Muslim & Native Organisation/ Pertubuhan Muslim & Bumiputera Bersatu
5) Imbangan perubahan kepada parti komponen BN yang lain. Dengan UMNO kekal sebagai teras, parti lain harus berusaha kuat memahamkan kaum diwakili masing-masing supaya menerima realiti dan kemahuan masyarakat majoriti tanpa hak minoriti ini diambil
6) Setelah pihak minoriti akur, usaha dakwah kepada mereka harus digiatkan dan mereka diajak menyertai pihak majoriti dengan menerima Islam. Penyusunan ekonomi dan lain-lain sesama masyarakat Islam adalah lebih mudah.
7) Pergi lebih jauh dr itu, keadaan ini akan menjadi teras kekuatan baru di peringkat global yg memungkinkan keupayaan kita utk memecahkan penguasaan negara2 maju dengan adunan harmoni masyarakat berbilang kaum ini
Persoalannya beranikah UMNO menerima perubahan ini?
tq atas pndangan anda
ReplyDelete