Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday 26 May 2013

PANAS: PAS dijanka akan menfailkan 20 patisyen!!


Post Pic

KUALA LUMPUR: PAS dijangka memfailkan 20 petisyen dan bantahan berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lepas.
 
Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata petisyen dan bantahan itu melibatkan beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Selangor di Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Terengganu dan negeri lain.
 
"Jawatankuasa khas yang kita tubuhkan sebelum ini telah meneliti maklumat-maklumat yang membawa kepada petisyen dan bantahan itu. Setakat hasil perbincangan kita, itulah (20 petisyen) yang akan kita hantar tidak lama lagi. Mungkin akan meningkat atau menurun (jumlah bantahan). Ini akan dimuktamadkan nanti," katanya.
 
Dilaporkan sekutu PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memfailkan 27 petisyen melibatkan kawasan Parlimen dan DUN manakala DAP masih mempertimbang sama ada akan memfail petisyen.
 
Pada 22 Mei lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13 dan berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan mulai tarikh pewartaan itu.
 
Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
 
Pada pilihan raya lepas, BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala PAS (21), PKR (30) dan DAP (38). -antara pos

2 comments:

  1. NI YANG DIKATAKAN AKHIR ZAMAN ORG YG SOMBONG DENGAN ILMU AGAMANYA BERMATIAN MATIAN BERJUANG KERANA JAWATAN TETAPI RAKYAT DIKETEPIKAN SETELAH JAWATAN DITANGAN.

    ReplyDelete
  2. biasa la...cakap xsrupa bikin....

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC