Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday, 17 May 2013

2034 MALAYSIA HOS PIALA DUNIA -KJ


Hebat dan tahniah MF ucapkan kepada Menteri Belia dan Sukan baru kita Khairi Jamaluddin atau KJ kerana hasratnya ini berkerjasama dengan negara asia yang dipilih untuk menjadi penganjur PIALA DUNIA BOLA SEPAK yang mana pertandingan yang paling berprestij di dunia.


Disamping itu KJ juga menegaskan bahawa kementerian Belia dan Sukan bukannya Kementerian Belia Untuk Barisan Nasional sahaja,tetapi untuk seluruh Rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama,bagi menyahut saranan YB Perdana Menteri bagi mencapai Transformasi ke arah Kemajuan  Sukan negara agar menjadi kuasa sukan dunia yang mana dulunya MALAYSIA adalah Sebuah Gergasi BOLA SEPAK,era 80'an,Badminton,Bowling,Skuasy dan pelbagai lagi.

Katanya lagi,beliau akan bersikap keterbukaan untuk berbincang dengan Ketua pemuda-pemuda PAS bagi merealisasikan dan berkongsi idea untuk terus memajukan sukan negara.Dalam masa terdekat ini,Beliau akan menghantar surat kepada Ketua Pemuda untuk menentukan tarikh perbincangan usaha sama.

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata cadangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan negara Asean lain untuk membuat bidaan bersama selaku tuan rumah Piala Dunia 2034 harus dibuat denganperancangan yang teliti.

Sambil menyokong usaha itu, beliau berkata cadangan bidaan itu merupakan idea asal badan induk bola sepak kebangsaan berkenaan ketika beliau memegang jawatan timbalan presiden II FAM dari 2007 hingga 2010.

"Saya lihat bidaan (bersama) ini akan menjadi lebih serius dan saya fikir ia merupakan satu idea yang baik," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai KBS, di sini pada Jumaat.

Khairy yang memulakan tugas rasmi selaku Menteri Belia dan Sukan yang baharu, berkata beliau akan menghadap Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam tempoh terdekat bagi membincangkan lebih lanjut berhubung bidaan itu.

"Secara dasarnya, saya melihat ia (bidaan) idea yang baik dan kita seharusnya membuat perancangan yang teliti. Walaupun bidaan dibuat oleh persatuan (FAM), kerajaan yang akan mengendalikan kemudahan dan sebagainya,"kata beliau.-Bernama


Tahniah YB Perdana Menteri kerana dengan Pelantikan Orang muda seperti KJ ,mungkin akan lebih memudahkan untuk merapati golongan- golongan muda dan belia serta memahami kehendak mengikut peredaran masa kini.

P/S: Masa Terbaik untuk penyatuan masyarakat adalah sukan dan pendidikan!! 

FIND US click here 

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC