Adam Adli dah kena.. Mamat ni bila lagi? Ni hasil hasutan la yang jadi cam ni nihhhh... |
Ni apa cerita ni beb? Lu nak mengajar budak mahasiswa ke nak hasut
budak-budak tu buat huru-hara? Lu kalau dibayar gaji mengajar bebudak
tu, maka ajar yang dalam silibus aje la bebbb...
Lu jangan ingat kitorang tak tau pasal kegiatan la kat dalam dewan
kuliah tu. Lu perlu ingat, pilihanraya kampus tempohari menunjukkan
majoriti mahasiswa tolak Pakatan Haram dan sokong aspirasi kerajaan
BN...
Jadi jangan sampai diorang rakam hasutan lu dalam dewan kuliah tu. Silap
haribulan, lu boleh duduk satu lokap dengan Adam Adli, Tian Chua,
Harris Ibrahim dan lain-lain. Nak ke? Kalau nak, boleh teruskan hasut
bebudak mahasiswa tu...SUMBER
Ada Pensyarah Hasut Pelajar Lawan Kerajaan?
Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka mendedahkan terdapat segelintir pensyarah institut pengajian tinggi (IPT) menghasut golongan mahasiswa supaya menentang kerajaan ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah mendakwa tindakan pensyarah terbabit yang turut menyindir, mempertikai kredibiliti dan kemampuan kepimpinan kerajaan itu cukup menyedihkan kerana terdapat mereka didapati berstatus Prof. Madya.
“Taraf Prof. Madya mereka ini wajar ditarik balik sekiranya mereka berterusan mempertikai kredibiliti dan kemampuan kepimpinan kerajaan serta menghasut mahasiswa melawan kdasar, polisi dan pekeliling yang kerajaan terjemahkan demi kepentingan rakyat.
“Kemunculan segelintir pensyarah ini yang lantang menghentam kepimpinan kerajaan atas tiket kononnya memberi penerangan terhadap keputusan PRU13 melalui platform forum dan juga seminar amat tidak boleh diterima dan menyalahi etika pengajian kampus serta kebebasan akademik,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.Muhammad Anwar Fahmi berkata, beliau mendapat maklumat kebanyakan hujah, penerangan dan dalil yang disampaikan oleh pensyarah terbabit kepada warga IPT berbaur hasutan serta bertujuan menjatuhkan kredibiliti kepimpinan kerajaan.Dakwa beliau, pensyarah terbabit seolah-olah mahu memupuk semangat bencikan kerajaan dengan mendakwa kononnya kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU13 berdasarkan penyelewengan politik dengan dokongan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – mynewshub.my
No comments:
Post a Comment