Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday, 22 May 2013

YANG MENANG AKAN JADI PENIPU-TUN MAHATHIR




PETALING JAYA 22 Mei - Parti yang kalah dalam mana-mana pilihan raya pasti akan menunding jari kepada parti yang menang melakukan penipuan sepanjang proses tersebut dan mahukan undi dikira semula.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata, jika permintaan tersebut tidak dilayan, kumpulan tersebut akan ke jalanan dan melakukan demonstrasi dan melakukan keganasan seterusnya menyalahakan pihak polis dengan mendakwa sebagai keganasan polis.

"Dan sekiranya pilihan raya baru diadakan dan pihak yang kalah menjadi pemenang maka kumpulan yang kalah pula akan menuduh pemenang yang baru sebagai penipu.

"Mereka akan melakukan demonstrasi jalanan dan rusuhan dan sebagainya untuk menjatuhkan kerajaan. Dan ianya tidak akan berhenti," katanya menerusi blog peribadinya hari ini.

Beliau mengulas mengenai demonstrasi Pakatan Rakyat 'Blackout 505' di Kelana Jaya dan Pulau Pinang untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Jelasnya, perkara seperti demonstrasi ini akan mendatangkan kegawatan kepada Malaysia seperti mana kejadaian 'Arab Spring' yang berlaku di Asia Tengah.

Ujarnya, negara akan merayu bantuan asing dan akhirnya kemerdekaan yang dicapai selama ini akan hilang.

"Mungkin lebih baik sekiranya kerajaan ditentukan melalui demonstrasi jalanan. Mungkin ianya akan jadi kurang penipuan," katanya sinis.SUMBER

P/S: MF harap apa yang cuba Tun sampaikan,difahami dengan sebaik-baik,tiada yang baik dan elok jika himpunan jalanan yang berlaku,hanya yang akan kita dapat adalah kehancuran!!!

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC