Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 28 May 2013

Orang Melayu Tanpa Kuasa POLITIK!!wajib BACA!!

JIKA MELAYU HILANG KUASA POLITIK

Bayangkan seketika, andainya Melayu kehilangan kuasa politik. Apakah nasib yang bakal menanti?
 
 

Kita anggap ini hanyalah mimpi ngeri yang muncul dalam tidur kita, bukannya satu kenyataan. Asal bumi ini bernama Tanah Melayu, ia menunjukkan bumi semenanjung ini hak milik bangsa Melayu. Mana mungkin ia akan berubah menjadi milik bukan Melayu. Bukan itu sahaja, seluruh Nusantara adalah Kepulauan Melayu. Ia dikenali sejak berabad abad dahulu.
Mungkinkah ia akan beralih tangan? Kalau Singapura yang asalnya bernama Temasik itu mutlak hak Melayu, kini berubah nama jadi Singapore, adakah Tanah Melayu juga akan ikut hilang dan bertukar kembali kepada Malayan Union yang cuba dibangunkan Penjajah? Malayan Union Baru, tiada Sultan, tiada Agama Rasmi, tiada Hak Istinewa Melayu? Sama rata sama rasa? Tiada lagi keistimewaan Melayu dalam sebarang bidang terutamanya pelajaran sebagaimana sekarang. Tiada lagi tanah rizab Melayu yang menjaga agar Melayu masih ada tempat tinggal (tak tinggal atas pokok) - Melayu nak tinggal di mana jika semua tanah dikuasai pendatang yang kaya raya?

 
Itulah yang diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew dan Lim Kit Siang. Dua agen mason yang sengaja tidak letakkan nama kristian di hadapan nama mereka. Matlamat mereka cukup jelas, menamatkan Kedaulatan Melayu dan menghakis Ketuanan Melayu. Menerusi kekalutan politik Melayu, mereka mengambil kesempatan mempergunakan Melayu dalam mencapai niat tersebut. Ingat DAP tentu akan mengingatkan kita kepada PAP.
Di manakah Melayu Singapore hari ini? Sebahagian besarnya telah lari ke Semenanjung kebanyakannya menetap di Johor. Kemana nanti Melayu Semenanjung hendak lari? Sila jawab.

 
Kita tidak pernah terfikir pun satu masa nanti kemungkinan ini mampu menjadi kenyataan kepada Tanah Melayu ini. Pada masa itu, siapakah kita? Jawapannya ialah memperhambakan diri kepada pendatang cauvinis ultrakiasu yang tidak pernah rasa puas. Makanan pula dicemari dna babi. Apa jadi kepada jenerasi Islam selepas ini? Kerana adanya Melayu, Islam masih kuat bertahan. Kini banir ini sedang ditebang tebas.. Lama mana lagi dapat bertahan?
ANDAIAN sebelum ini bahawa kaum Cina hanya berminat untuk menguasai ekonomi sementara kuasa politik akan terus dipegang oleh orang Melayu, nampaknya tidak lagi begitu. PRU Ke-12 dan terkini PRU ke-13 membuktikan bahawa banyak pihak kaum Cina sedang mengasak habis-habisan untuk turut sama menguasai politik negara ini.Sila klik di sini
Makin banyak petunjuk ke arah itu termasuk menerusi laporan media tertentu khususnya berbahasa Cina yang mempromosi sentimen sedemikian. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi? Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Melayu nanti? Penulis lontarkan persoalan ini untuk renungan kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu kini makin kritikal.
Apa sahaja yang tinggal pada Melayu mahu dirungkai termasuk yang termaktub dalam perlembagaan negara. Realitinya walaupun Melayu menguasai politik tetapi yang lebih berkuasa di negara ini adalah kaum Cina disebabkan penguasaan dalam ekonomi yang amat ketara. Di sebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya kaum Cina paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberikan kouta 30 peratus kepada bumiputera tetapi penguasaan 70 peratus terus dinikmati oleh masyarakat usahawan Cina yang sudah membentuk kartel mega, selain berlaku gejala ali baba dan ketirisan dalam 30 peratus kouta bumiputera.


whatelse

Jika Melayu dibantu dalam bidang perniagaan ia dianggap tongkat tetapi jika syarikat-syarikat Cina diselamatkan oleh kerajaan, ia didiamkan sahaja. Jika banyak usahawan bukan Melayu mendapat bisnes monopoli seperti gula, stesen televisyen satelit, stesen janakuasa bebas dan sebagainya sehingga menjadi kaya raya dan mengalihkan berbilion ringgit ke luar negara, ia juga tidak mengapa. Jika ada usahawan Melayu cuba menceburi bidang penguasaan usahawan Cina seperti membekalkan limau, ia akan diboikot sampai gagal. Namun jika ada usahawan bukan Melayu menguasai bisnes seperti pengedaran produk daging dan ayam halal, yang melibatkan pasaran orang Islam, itu dianggap biasa.
Penguasaan Cina dalam syarikat-syarikat swasta dan persendirian selain mengutamakan pekerja kaum itu juga bukan isu. Pada masa yang sama majoriti Melayu di sektor awam makin hebat dipersoalkan malah terus diperlekehkan. Penulis bukanlah mahu bersikap rasis. Apa yang disuarakan ini sekadar menyanggah gelombang fitnah, tohmahan dan persepsi liar banyak pihak terhadap usaha meningkatkan pencapaian bumiputera, yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina.
Begitulah kebijaksanaan banyak pihak kaum Cina berpercaturan. Dalam mereka mengeluh dan merintih mendakwa dinafikan hak mereka, namun mereka terus kaya dan berkuasa.
Kouta untuk bumiputera mahu dihapuskan tetapi 'kouta khas' bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali.
Pada hari ini, kaum Cina yang merupakan 24 peratus penduduk negara ini menguasai ekonomi. Tradisi dan budaya niaga yang lama terpahat selain dasar kerajaan yang terbuka, membolehkan kaum Cina terus melonjak. Masyarakat Cina mempunyai simpanan wang yang banyak berbanding kaum lain dan itulah antara asas kekuatan ekonomi kaum itu. Sedangkan Melayu yang merupakan kaum majoriti terus keciciran. Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politik?

boikot (1)

Justeru penulis menyokong penuh usaha 20 pertubuhan kerajaan (NGO) Islam mahu rakyat 
negara ini memboikot beberapa produk yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Malah menurut jurucakap kumpulan NGO terbabit bahawa produk-produk tersebut turut tidak selamat untuk dimakan dan ini tidak disedari masyarakat. Selama 50 tahun sebagai contoh, kerajaan memberi monopoli kepada sebuah syarikat yang membekalkan tepung, gula dan banyak lagi barangan keperluan harian namun selepas diberi kepada syarikat Melayu/Islam, mereka kata mereka dianiaya.
Adakah mereka dianiaya? Selama selepas merdeka siapa yang kaya? Bukan Melayu yang kaya, namun kita tidak pernah mempersoalkannya. Kenapa bangsa lain nak mempersoalkannya pula.
 



ingatlah perjuangan kita adalah jihad ekonomi
memboikot dan menentang mereka juga merupakan jihad ekonomi!
kita menentang cina DAP bukan kerana dia cina
kita menentang cina DAP kerana mereka bangsa yang tak berterima kasih

kita tak perlu masuk pas, pkr dan dap untuk menghapuskan mereka dari dalam.
Bukan hanya kekuatan politik  yang menentukan penguasaan sesuatu bangsa atau negara itu terhadap percaturan dunia. Bahkan ekonomi juga memainkan peranan penting dalam menentukan arah perjuangan politik yang mana ianya perlu seimbang. Firman Allah dalam Surah al-Anfal: 60:

Ayat ini adalah perintah Allah untuk muslimin menyediakan kekuatan menghadapi musuh-musuh umat. Kekuatan yang mesti disiapkan itu ialah dari jenis apa sahaja yang mampu menggerunkan musuh.SUMBeR

12 comments:

  1. siapa yang memerintah kononya menjaga melayu selama ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kerajaan bantu Melayu. Melayu banyak penyakit PHD.


      Delete
    2. ko anonymous2 ! ...tak sedarkah ko apa yg ko dapat selama ini hatta bebas menulis diruangan saperti disini pun adalah hasil dari kepimpinan melayu selama ini..? apa lagi masalah ko yg menyebabkan ko benci pada kepimpinan melayu..? adil sangat kah ko...? terlalu bermurah hati dan mengamalkan sikap persamaan sangat kah ko..? jadilah bangsa yg sentiasa memikirkan masa hadapan bangsa ko...! jagn lah berfikir saperti bangsa yg sudah berjaya diperalatkan utk menentang bangsa sendiri !

      Delete
  2. Masih Ramai Melayu golongan LIBERAL.. DAN LUPA DIRI....ATAU MASIH TIDAK SEDAR DIRI...

    ReplyDelete
  3. salah...sapa?????erm...pikiq...pikiq.....

    ReplyDelete
  4. memang betul masih ada melayu golongan liberal dan lupa diri...tapi janganlah jadi melayu utk melingkupkan melayu...! berfikirlah saperti melayu yg ingin memperbetulkan melayu...! jangan jadi melayu yg sudah berjaya diperalatkan utk menjatuhkan dan meumbangkan melayu....! pendirian dan pemikiran korang anonymous2 hanya sesuai jika seluruh rakyat Malaysia ini adalah org islam melayu sebab jika begitu kalau bergaduh..bertelagah..berperang pun melayu juga yg menang....! bukan saperti Malaysia saperti ini...jika melayu sama melayu bertelagah,,bergaduh..berperang......melayu juga yg akan tumbang dan jatuh dan bukan melayu utamanya cina akan gah menguasai melayu ! tidak mustahil jika org cina menguasai melayu satu hari nanti nama semenanjung tanah melayu pun mereka akan lenyapkan dari peta dunia....! JANGAN JADI BANGSA YG BERSIKAP MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR...!

    ReplyDelete
  5. Melayu semua, bahasa jiwa bangsa. Kalau nak komen, gunakan bahasa yang betul. Bahasa kasar anda menyakitkan orang lain, merosakkan jiwa. Belajarlah berhemah.

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC