Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 18 May 2013

Amaran keras Pada Najib Razak!!!!!!!!

Satu risalah amaran MB Selangor kepada PM tersebar di laman sosial.

Amaran MB Selangor itu adalah berkenaan dengan cabaran supaya tidak mengutip cukai di Selangor jika Kerajaan Pusat tidak mahu membantu negeri berkenaan.





Suatu kelebihan bagi Khalid ialah mengira pendapatan, tetapi jika dikaji pula dari segi menjana pendapatan maka itu pulalah kekurangan Khalid.

Dalam meletakkan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia bukanlah suatu proses sekelip mata. Namun itulah bagi Khalid, celik sahaja mata sebagai MB Selangor, negeri yang ditadbirnya telah pun menjadi kaya raya.

Maka itulah modal yang dijaja oleh Khalid dan Pakatan Rakyat, kononnya dalam tempoh 5 tahun mentadbir Selangor, sudah mengatasi puluhan tahun pentadbiran Barisan Nasional.

Khalid semasa kempen untuk kerusi DUN Pelabuhan Klang yang ditandinginya pada PRU13 mendakwa yang kononnya beliau lebih pandai dari Najib. Malah beliau juga tampil dengan anggaran hasil mahsul dari Pelabuhan Klang sebanyak RM30 bilion setahun dan menuntut 5% daripada amaun itu untuk kawasan yang telah dimenanginya itu.

Dengan gelagat Khalid itu, jelas bahawa beliau tidak punya pemikiran yang inovatif, malah kemampuan Khalid sebenarnya adalah sekadar mengurus kepada benda yang telah ada.

Dalam biografi Tun Dr Mahathir, 'A Doctor In The House', TDM memperincikan pembangunan Pelabuhan Klang sebagai hab perkapalan, yang menceritakan betapa sebelum beliau menjadi PM, kerajaan BN telah pun merangka untuk memperbesarkan dermaga di pelabuhan berkenaan.

Kawasan yang sebelumnya adalah kawasan paya bakau telah ditebus menjadi jajaran dermaga untuk kapal-kapal berlabuh. Bukan itu sahaja, TDM juga menceritakan betapa kabinet telah mengarahkan Menteri Pengangkutan untuk mengkaji jumlah TEU (20 footer equivalent unit container) yang diguna dan dikendalikan seluruh Malaysia. Penemuan kajian menunjukkan kebanyakan kontena dihantar ke pelabuhan Singapura untuk tujuan import dan eksport, kerana kebanyakan 'mother vessel' tidak masuk terus ke Pelabuhan Klang. Ini bermakna, peranan Pelabuhan Klang hanyalah sebagai 'feeder' kepada Singapura.Baca selanjutnya...

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC