Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday, 16 May 2013

Wei MUSIBAT lu berani Lu sahut la cabaran !!


Nampaknya isu Melayu bangsat yang dah lupa asal usul dan adab budaya orang Melayu masih belum selesai.Orang besar Air Asia ini rasanya dah melampau kerana tindakannya bukan sahaja mengguris hati ramai orang Melayu di luar sana tetapi membuktikan beliau adalah produk yang tersilap acuan.Kesilapan itu kerana acuan yang sedia ada di tinggalkan demi sebuah perjuangan yang kononnya lebih sofistikated maka lahirlah Azran , Melayu yang kononnya berjaya dan maju tetapi jauh tertinggal dan lupa sejarah asal usul sendiri.Baca Sini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu AirAsia membuat kenyataan rasmi bahawa syarikat penerbangan murah itu menarik semua iklannya daripada disiarkan di Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin meminta Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz membuat penjelasan segera selepas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani mencemuh Utusan Malaysia dan menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di akhbar tersebut melalui akaun Twitternya. sekiranya itu yang berlaku beliau berkata, pihak Perkasa akan menasihatkan semua ahlinya serta orang Melayu memboikot AirAsia dan meminta mereka menggunakan perkhidmatan penerbangan lain. ‘‘

Pihak Perkasa juga akan mendesak kerajaan menarik balik semua keistimewaan yang diberikan kepada AirAsia dan meletakkan syarikat penerbangan itu sama seperti syarikat-syarikat penerbangan swasta lain,’’ katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakanpendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.

Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu. Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."


Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia.

Laporan Utusan Malaysia itu bagaimanapun dianggap banyak pihak tidak rasis kerana sekadar melontarkan pertanyaan, malah Perdana Menteri turut mempertahankan laporan tersebut. Dalam pada itu Zulkifli mengutuk keras tindakan Azran yang menuduh akhbar Utusan Malaysia dan Perkasa sebagai rasis.


‘‘Ini adalah sikap neo-liberal Melayu yang dangkal tentang sejarah dan perjuangan bangsa sendiri.


Sumbangan Utusan Malaysia kepada perjuangan Melayu Islam sejak dahulu sudah terbukti.


‘‘Utusan Malaysia sentiasa istiqomah dan konsisten dalam membawa isu Melayu Islam walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmah dan fitnah,’’ katanya.sumber Psst semalam sahaja sudah semakin ramai mereka-mereka diluar sana yang sudah pun mengaku untuk memboikot Air Asia selagi mana manusia bernama Azran masih lagi terlibat dengan mereka.Kepada Tony dan sesiapa saja dalam Air Asia sendiri mau ingat !!


MMI=SUMBER

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC