Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 28 May 2013

BUKTI ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK!!!??WAJIB BACA!!

 
Acapkali kita terdengar isu berhubung sebuah syarikat yang mengeluarkan arak dan kaitannya dengan anak mantan Perdana Menteri Malaysia Ke- 4, Mirzan Mahathir.
Sungguhpun begitu, apakah ada diantara kita yang cuba memahami dan menyelidik maklumat yang diterima itu sebelum diterima bulat- bulat?
Bagi yang berhajat memahami, admin kongsikan info berhubung isu tersebut;
1. Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.
2. Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagaiPresiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan . 
3. Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya. 
4. Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filifina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain. 
5. Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp (,http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/ )Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan. Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation. 
Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina. Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer) KEPADA INFRASTRUKTU R, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.
6. Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan. (sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010.
7. Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.
8. “Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.
9. Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.
10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir “Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah”
11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan taka pa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan”
Sumber

9 comments:

  1. Cakap taik... Co St Miguel dah lama terlibat dlm plbg industri, termasuk arak dan petron. Kamu ingat bisnes o&g spt petron boleh berjaya dlm kurang setahun ke? sbb anak mahathir tu join sekejap sahaja dan xmungkin beliau boleh sebabkan st miguel terlibat byk aktiviti selain arak. Anak tun m tu beli saham st miguel sbg pelaburan dan dpt income... arak beb haram utk umat islam dan st miguel masih aktif jual arak besar-besaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumber sahih ade ke?ade japwapan itam putih ke anda ade pda msa termetrai pmbelian aset brsama mirzan?

      Delete
  2. orang islam melabur dalam perniagaan arak...haram tetap haram,tiada nas atau dalil menyebut yg haram boleh di halalkan.

    ReplyDelete
  3. Betoi...haram tetap haram...tapi pada dia semua halal...pakai tudung pun haram pada dia...wallahualam

    ReplyDelete
  4. Arak termasuk dalam kategori dosa-dosa besar ibu segala maksiat. semua yang terlibat berdosa wajib berhenti segera dan bertaubat. jika kita ada modal yang besar,kepakaran dalam perniagaan dan pelaburan melaburlah dalam perkara yang halal. harta berkat dan dapat pahala.

    ReplyDelete
  5. Apakah hukum melabur dalam islam...tanye je

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC