Untuk terus melindungi kebatilan dan keserakahan mereka, tanpa ragu-ragu mereka melakukan pelbagai perkara onar, termasuklah mengugut untuk membunuh dan mengancam nyawa dan keselamatan orang yang boleh menelanjangkan kejahatan dan perangai syaitan mereka.
Itulah yang berlaku kepada penceramah agama terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias yang telah mengambil keputusan untuk berhenti berceramah bermula dari 28 November lepas apabila ancaman terhadap keluarga dan harta bendanya semakin menjadi-jadi. Dia juga kecewa kerana telah dilabelkan sebagai USTAZ POLITIK.
Bukan itu sahaja Ustaz Kazim pernah beberapa kali disantau sebegitu teruk sehingga kehilangan suara.
Siapa tidak kenal Ustaz Kazim yang berjaya membina sebuah pondok pengajian terkenal seperti Al-Barakah di Kampung Manjoi.
Ustaz Kazim merupakan salah seorang daripada penceramah yang paling diminati sehingga pernah suatu ketika ceramahnya di Youtube mendapat tempat pertama paling banyak penonton . Sememangnya ustaz Kazim juga agak 'glamour' yang memang ditunggu-tunggu ceramahnya.
Programnya di sebuah stesen televisyen kabel seperti Astro Oasis,
menjadi tarikan ramai walaupun ceramahnya dalam program berkenaan dibuat
secara santai.
Berbanding dengan sesetengah ustaz atau penceramah glamour yang sangat
BERPIHAK KEPADA PARTI POLITIK PAS seperti Ustaz Azhar Idrus, Kazim Elias
yang telah dipecat dari PAS suatu ketika dahulu kerana berjaya
membuktikan kebatilan dan rancangan jahat Dewan Ulama PAS Perak, amat
dibenci oleh para pengikut Pakatan Rakyat khususnya PAS.
Jika penceramah seperti Ustaz Azhar Idrus atau lebih terkenal dengan nama glamour Ustaz McDee mendapat pujian beribu-ribu turun untuk mendengar ceramahnya kerana beliau pro-pembangkang. Walaupun sebutannya banyak yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi demi menyokong pembangkang mereka akan turun beramai-ramai sambil memberi pujian.
Ustaz Azhar Idrus pula kelihatan sangat bebas, aman dan tidak pernah diancam walaupun ceramahnya, seringkali membinatangkan, membodohkan dan menghina intelektual sesiapa sahaja yang tidak disukainya.

Ustaz
Mcdee itu disanjung dan dipuja, meskipun sebagai Ustaz Politik Glamour,
beliau tidak menepati ciri-ciri seorang pengajar atau penceramah.
Beginikah cara kebebasan yang mereka perjuangkan? Astagfirullahalazim!
Beginikah cara kebebasan yang mereka perjuangkan? Astagfirullahalazim!
No comments:
Post a Comment