SHAH ALAM: Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim akan didakwa di Mahkamah Seksyen Jalan Duta di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan, esok, jam 9 pagi.
Naib Presiden PKR, N Surendran mengesahkan perkara itu.
"Ya, esok dia akan didakwa," katanya kepada Sinar Harian.
Adam Adli yang juga penuntut Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI) telah ditahan di Bangsar pada 18 Mei lalu, kira-kira pukul 3.15 petang kerana disabitkan kesalahan menghasut.
Beliau didakwa di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan berakhir pada esok.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi terhadap gambar yang disebarkan melalui media-media sosial tersebut.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi ke atas rakaman gambar tersebut kerana ianya boleh menimbulkan kemudaratan kepada kestabilan negara," katanya.-Antara Pos
No comments:
Post a Comment