Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 30 May 2013

PENANG NEGERI PALING KOTOR DI MALAYSIA!!



PERMATANG PAUH 28 Mei - Ternyata slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) yang dilaung-laungkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya retorik semata-mata.
Meskipun sudah lebih lima tahun mentadbir negeri ini, DAP dilihat masih gagal memberikan perkhidmatan terbaik seperti yang dikehendaki rakyat.

Di Taman Sembilang, Seberang Jaya di sini, penduduk yang menetap di Lintang Sembilang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab menyelenggara sistem perparitan dengan baik.

Salah seorang penduduk, S.R. Paul Raj, 46, berkata, kegagalan tersebut menyebabkan kira-kira 500 penduduk di Lintang Sembilang berhadapan risiko ancaman binatang berbisa dan demam denggi.
"Sistem perparitan sepanjang 300 meter ini terletak di belakang rumah penduduk dan apabila tidak diselenggara dengan baik, parit menjadi kotor dan dipenuhi sampah sarap.

"Apa yang membimbangkan kami ialah sejak parit tidak dibersihkan, kebanyakan rumah penduduk kerap dimasuki ular dan pernah satu ketika haiwan peliharaan seperti kucing turut menjadi mangsa ular berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.

Paul Raj berkata, pihaknya juga telah beberapa kali membuat aduan rasmi kepada MPSP sejak 2008 namun masalah itu belum dapat diselesaikan.

"Pada 24 April lalu, saya sekali lagi hantar surat kepada MPSP dan mereka memberi maklum balas bahawa parit berkenaan terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tetapi sampai sekarang tiada tindakan dibuat oleh mana-mana pihak.

"Saya adalah penyokong kuat mereka, sebab itu saya hantar surat yang sama kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tiada sebarang tindakan susulan dibuat sedangkan mereka kata Suara Rakyat, Suara Keramat," ujarnya.

Sementara itu, Md. Adid Kamarudin, 61, memberitahu, dia bimbang sekiranya masalah tersebut terus dibiarkan berlarutan.

"Saya bimbang keselamatan penduduk dan kanak-kanak kerana kawasan ini sudah menjadi kawasan pembiakan ular dan biawak.
"Air yang bertakung dalam parit juga menjadi tempat pembiakan nyamuk dan ada juga penduduk di sini menghidap demam denggi," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130529/wu_05/DAP-abai-masalah-rakyat#ixzz2UgrE8r2N
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC