Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 19 October 2013

Alhamdulillah, Allah Permudahkan Urusan Hambanya!!



Seorang lelaki berbangsa India dilaporkan telah menjadi saudara baru agama lslam dilaporkan meninggal dunia di hospital lpoh. Menurut info, keluarga allahyarham telah membawa jenazahnya ke rumahnya untuk disemadikan mengikut agama upacara Hindu.


Bagaimanapun, jemaah masjid datang untuk memberitahu yang allahyarham telahpun secara rasmi memeluk agama lslam. Para jemaah masjid turut meminta izin untuk membaca tahalil untuk arwah. Alhamdulillah, Jemaah dibenarkan untuk membuat aktiviti tahalil.

Anak allahyarham telah berjanji untuk menghantar balik jenazah ke hospital besok (rabu lepas) untuk di kebumikan mengkut cara agama Islam. Pegawai hospital telah mengesahkan urusan mandi dan sembahyang dan kebumikan di Gurap.

Semua perbelanjaan telah dibayar oleh anak allahyarham kepada pihak hospital. Jenazah disempurnakan di tanah perkuburan Gurap, bertalkin dan bertahlil jam 3 petang Rabu. Alhamdulillah, segalanya selesai.

#Innalillahi Wainna Ilaihi Roji'un .. Ada yang dilahirkan sebagai umat agama islam..malang matinya kafir.. Ada yangg lahirnya belum Islam..alhamdulillah, matinya Islam... Renung2kan..


4 comments:

  1. SubhanaAllah walHamdulillah waAllahuAkbar !

    ReplyDelete
  2. mohon link http://orangkampungcyber.blogspot.com dlm bloglist sdr..TQ

    ReplyDelete
  3. have a peek here z2k74q0r07 best replica bags replica bags vuitton replica bags in uk fake gucci m9h90v0z52 replica bags karachi Home Page g6n51q5d67 louis vuitton fake replica bags

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC