Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 22 October 2013

PAS Hilang Krediabiliti,Mana Lagi Penting Kepada Haron Din – Parti atau Kalimah Allah?


Tindakan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menolak keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur yanag lepas,bahawasanya kalimah Allah S.W.T tidak boleh digunakan oleh agama bukan Islam jelas menunjukkan sudah tiba masanya parti Islam, PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Ini berikutan keputusan parti PAS yang terus menegakkan kebenaran kalimah Allah hanya untuk agama Islam tidak dipersetujui oleh parti PKR dan DAP.


Malah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian beliau menyatakan pandangan dari PAS adalah tidak diterima dalam konteks perjuangan PR demi membolehkan kalimah Allah S.W.T boleh diguna pakai oleh penganut agama Kristian.

“Pendirian Pakatan Rakyat kekal sepertimana pernah dikeluarkan kenyataan tahun lalu. Kita mohon kebijaksanaan, ketenangan pihak semua rakyat.

harun din kalimah Allah

“Jadi ini adalah keadaan yang sangat susah untuk kami menafikan penggunaan kalimah Allah ini oleh bukan Islam,” kata Anwar ketika mengadakan sidang media menyatakan mahu menegakkan hak masyarakat bukan Islam baru-baru ini.

Anwar Ibrahim juga menyatakan menyokong sepenuhnya usaha Gereja Katolik Malaysia yang mahu mengemukakan rayuan sekali lagi kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Berbeza dengan pendirian dari Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang mempertahankan kalimah Allah S.W.T hanyalah ekslusif untuk agama Islam sahaja.

Justeru, sekali gus membenarkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawasanya agama lain tidak boleh meneruskan niat dan kemahuan mereka mahu menggunakan nama Tuhan umat Islam dalam kitab Bible mereka.

Haron Din menegaskan, semua pihak harus memahami erti kalimah Allah S.W.T yang merujuk kepada Tuhan Yang Esa (Tunggal) dan bukanlah punyai bilangan yang banyak seperti kepercayaan penganut Kristian.

Kehendak Haron Din yang mahu semua umat Islam bangkit dan mempertahankan kalimah suci itu ternyata tidak disambut baik oleh Anwar dan juga parti PKR.

Jelas, fungsi dan perjuangan PAS sudah tidak diterima pakai lagi dalam parti gabungan PKR dan DAP di bawah nama Pakatan Rakyat.

Seharusnya parti PAS perlu sedar sekarang ini, matlamat PAS yang sentiasa mahu menegakkan agama Islam dan membina sebuah negara berlandaskan Islam sudah tidak relevan di mata pemimpin mereka, Anwar Ibrahim.

Namun Pas juga sudah berpecah. Orang yang pernah mengkafirkan UMNO kerana tidak melaksanakan hudud hari ini menyokong Kristian menggunakan kalimah Allah. Beberapa pemimpin kanan Pas juga menyokong permintaan Kristian ini.-mykmu

Jadi haron Din tunggu apa lagi? Apakah parti lebih penting daripada agama Islam?

MF KATA: Sejak dari kecil lagi,walaupon ustaz haron din ini orang PAS MF sentiasa respect beliau,cara beliua berhujah,berceramah memang halus dan penuh dengan ilmiah,tapi sayang Kebanyakan Ulamak PAS moden kini,banyak yang ego,emosi,dan hanya ada agenda dan kepentingan sahaja.

ISU kalimah ALLAH Ustaz Haron Din tetap teguh pendirian beliau,sedang beliau orang lama dan berpengalaman ,tapi orang PAS bawahan masih hanya memikirkan kepentingan kuasa berbanding agama.

PERSOALANYA SEKARANG ADALAH "PAS KINI SUDAH TIDAK RELEVAN"

1 comment:

  1. Ada satu kisah di mana ada seorang guru agama yang tersohor mengajar murid-muridnya tentang yakin, percaya serta tawakkal kepada ALLAH. Satu masa, mereka hendak ke sebuah kampung dan perlu menyeberang sungai tetapi malangnya perahu tidak ada. Guru tersebut pun bertanya kepada murid-muridnya bagaimana hendak ke seberang sedangkan perahu tidak ada. Puas mereka memikirkan cara bagaimana hendak menyeberangi sungai. Tiba-tiba, ada seorang di kalangan orang yang mengikutinya menawarkan diri untuk ke seberang tanpa perahu. Guru agama tersebut kehairanan dan bertanya bagaimanakah muridnya itu hendak ke seberang tanpa menaiki perahu?? lalu muridnya menjawap... dengan yakin, percaya serta tawakkal kepada ALLAH seperti yang tuan guru ajarkan kepada kami. Dengan tidak berlengah lagi, muridnya itu pun terus menyeberang sungai dengan berjalan di atas air tanpa menoleh ke belakang lagi dengan penuh yakin dan berserah diri pada ALLAH. Tuan guru itu pun terpinga-pinga serta malu kerana terkantoi dengan wali ALLAH tersebut. Kesimpulannya di sini ialah...kata itu kota, jangan sampai terkantoi macam tok guru macam dalam cerita tadi.

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC