Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 24 October 2013

Bajet 2014: Kerajaan Beri Tumpuan Khusus Menangani Peningkatan Kos SARA HIDUP!!




NAJIB Tun Razak serius menyiapkan draf ucapan Bajet 2014 sehingga lewat malam di pejabatnya di Kementerian Kewangan, Putrajaya, malam tadi. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada langkah-langkah untuk menangani peningkatan kos sara hidup melalui Bajet 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini.


           

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedar bahawa kos sara hidup menjadi topik penting bagi rakyat dan terbukti apabila isu tersebut paling banyak dibincangkan melalui laman web mikro Bajet 2014.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan keluh kesah rakyat beberapa pendekatan akan diperkenalkan antaranya, menambah jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di beberapa buah lokasi strategi di seluruh negara.

Selain itu, jelas Perdana Menteri, kerajaan juga merancang untuk menambah lebih banyak Klinik 1Malaysia serta Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang terbukti banyak memberi manfaat dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Kerajaan sentiasa peka dengan setiap keluhan rakyat. Justeru pelbagai inisiatif telah diambil dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, ekoran ketidaktentuan ekonomi global," katanya menerusi blog 1malaysia.com.my hari ini.

Sejak Najib mengambil alih pentadbiran negara pada 2009 dan melancarkan pelbagai program transformasi dalam pemerintahannya, sebanyak 99 buah KR1M dan 238 buah klinik 1Malaysia telah diwujudkan di seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, pembangunan teknologi maklumat turut diberi penekanan khusus melalui perancangan membina Pusat Internet 1Malaysia dan pengurangan 20 peratus caj jalur lebar .

Najib yang juga Menteri Kewangan menambah, Pusat Jagaan 1Malaysia bagi meringankan beban ibu bapa akan diwujudkan di semua pejabat kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) sebelum diperluaskan kepada syarikat swasta.

Sementara itu, jelas Najib, tidak terkecuali dalam bajet kali ini ialah pengurangan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus akan mula dilaksanakan secara berperingkat bagi membantu mengurangkan kadar hutang isi rumah.

"Usaha untuk meringankan beban rakyat tidak terhad setakat itu sahaja. Banyak lagi cara yang bakal diperkenalkan atau ditambah baik untuk melestari usaha memastikan kehidupan rakyat sentiasa selesa dan terjamin," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131024/dn_01/Bajet-2014-tangani-kos-sara-hidup#ixzz2icfXdl64
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC