Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday 27 October 2013

#GST: Fahami Apa maksud cukai barangan dan perkhidmatan?

 
 
 
KETIKA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), ramai pihak termangu dan tertanya-tanya apakah itu GST dan apakah kesan perlaksanaannya kepada orang ramai.

Kebimbangan yang wujud dalam kalangan orang ramai ialah GST adalah satu cukai tambahan kepada cukai yang sedia ada iaitu cukai jualan dan cukaperkhidmatan seperti yang dikenakan sekarang.

Ketika ini cukai jualan dan cukai perkhidmatan dikenakan secara berasingan dengan kadar-kadar kira-kira 16 peratus untuk produk dan perkhidmatan tertentu antaranya restoran dan hotel.
GST Ganti Sistem Dua Cukai Sebelum Ini


Menurut Najib pada pembentangan Bajet 2014 semalam di Parlimen, GST sebenarnya bukan cukai tambahan sebaliknya cukai menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini.

“Kerajaan mencadangkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dimansuhkan. Dua cukai dimansuhkan ini pula akan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali dengan GST.

“Ringkasnya, perlu saya tegaskan bahawa GST bukanlah cukai tambahan yang baru,” kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

GST akan dilaksanakan berkuatkuasa pada 1 April 2015 kira-kira 17 bulan dari sekarang dengan kadar hanya enam peratus.

Kadar GST Malaysia Enam Peratus Terendah Di ASEAN

Kadar GST di Malaysia adalah yang terendah dalam kumpulan negara ASEAN di mana Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Laos mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta Thailand pada kadar tujuh peratus.

Kerajaan mengambil kira bebanan dan tanggungan rakyat dalam memansuhkan sistem cukai sebelum ini dan menggantikan ia dengan hanya satu sistem sahaja di seluruh negara sekaligus menjadikan ia adil dan saksama.

Jika dilaksanakan sistem seperti ini, beberapa jenis barangan akan menjadi lebih murah bergantung kepada kategori dan jenis barangan itu.

Barang Makanan Dan Perkhidmatan Asas Tidak Dikenakan GST

Kepada rakyat, kerajaan tidak akan mengenakan GST kepada barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan rempah ratus.

Jaminan GST tidak akan dikenakan juga kepada perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan dari GST.

Bekalan air paip dan 200 unit pertama penggunaan elektrik sebulan bagi pengguna tempatan tidak dikenakan GST.

Perkhidmatan disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan dan pembelajaran di sekolah juga tidak dikenakan GST.

Bagi memudahkan dan meringankan beban golongan berpendapatan rendah ketika perlaksanaan cukai ini nanti, kerajaan turut memberi pelagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihannya seperti berikut.

Antaranya kerajaan akan memberikan wang tunai secara sekali bayaran sebanyak RM300 kepada penerima isi rumah yang menerima Bantuan Raykat 1Malaysia (BR1M).

Bagi cukai pendapatan individu, kerajaan akan mengurangkan satu hingga tiga mata peratus untuk pembayar cukai.

Dengan perlaksanaan itu, terdapat kira-kira 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai.

Guna 17 Bulan Tempoh Sebelum Perlaksanaan Beri Penerangan

Kerajaan sewajarnya menggunakan tempoh 17 bulan sebelum perlaksanaan GST untuk memberi penerangan kepada rakyat di seluruh negara tentang apa sebenarnya GST terutamanya kepada penduduk di luar bandar.

“Ramai yang keliru bahawa GST ialah sistem cukai baharu, mereka wajib diberi pendedahan atau pemahaman terhadap GST bagi mengelak timbul rungutan apabila GST dilaksanakan kelak.

“Kerana itu kerajaan perlu ambil inisiatif untuk pastikan orang ramai betul-betul faham dengan GST ini, agensi atau jabatan kerajaan yang berkenaan perlu membuah hebahan atau penerangan dalam tempoh yang ada iaitu 17 bulan dari sekarang,” katanya dalam laporan Bernama.

Pembangkang Dakwa GST Akan Beri Kesan Buruk

Biarpun pakatan pembangkang terus mengkritik dan menentang habis-habisan GST ini, ekoran ia dikatakan akan membawa kesan buruk kepada ekonomi tempatan, kerajaan berusaha bersungguh-sungguh mewujudkan pelbagai insentif lain bagi meringankan beban rakyat.

Kerajaan sudah menegaskan dalam memastikan ekonomi negara terus stabil, ada kalanya kerajaan perlu membuat keputusan kurang popular sebaliknya memastikan ekonomi Malaysia terus kukuh di peringkat antarabangsa.

Ketika ini, lebih 160 buah negara telah pun mula melaksanakan GST dan ada diantaranya lebih mundur dari Malaysia tetapi ia memberi kesan yang baik kepada negara mereka.

Jika GST adalah satu sistem yang teruk dan membebankan rakyat, tidak mungkin hampir seluruh negara di dunia sudah pun mula mengamalkan sistem ini.

Bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, Bajet 2014 itu disifatkan beliau sebagai menghukum rakyat terutamanya dalam perlaksanaan GST.

Menerusi laporan Malaysiakini, menurut Anwar belanjawan kali ini seperti menyebelahi syarikat dan orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

“Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST,” kata ketua pembangkang itu.

Jika dilihat dari kata-kata Anwar, bagaimana boleh kita mempercayai kata-katanya kerana ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, belanjawan negara tidak langsung menyebelahi orang ramai terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Pada ketika itu, Anwar mengumumkan beberapa kenaikan faedah ke atas pinjaman peribadi dan langkah berjimat cermat dengan menaikkan kadar faedah berkaitan pinjaman syarikat yang sekaligus menyekat pertumbuhan.

GST Dengan Kadar Cukai Lebih Rendah

Jika dilihat pada asasnya, kadar cukai GST yang bakal dikenakan ialah secara rata enam peratus di seluruh negara berbeza daripada jumlah maksium yang dikenakan sekarang iaitu 16 peratus.

Selepas 1 April 2015, semua cukai yang dikenakan ke atas semua perkhidmatan dan barangan yang boleh dicukai hanya akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus sekaligus bakal mengundang kesan positif.

Apabila peratus cukai sebelumnya adalah lebih tinggi, pasti akan ada penurunan dari segi harga apabila kadar peratus cukai baru dikenakan. Kita tunggu dan lihat nanti. – mynewshub.my

MF: Harap rakyat dapat meneliti dan memahai dengan GST yang menjadi isu panas dan bualan rakyat sekarang,jangan cepat terperdaya dengan fitnah-fitnah dari pembangkang yang hanya mahu merosakkan negara dengan tomahan-tomahan yang tidak berasas..

1 comment:

  1. saya suka cara anda terangkan gst ni tapi jgn campur adukkan politik.. biar org yg membaca buat keputusan... sayang artikel ni di sudahi dengan penulisan berbau berat sebelah....

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC