Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday, 9 October 2013

PANAS: Di Manakah Silapnya? Remaja Ini Sanggup Mempertikaikan Agama Hanya Inginkan Kebebasan!!!


YA ALLAH, AMPUNI DAN RAHMATILAH INSAN INI
Sumber

Ya Allah, apa lagi yang mampu penulis lafaskan selain dari beristifar panjang-panjang. Astaghfirullah al azim...... Terdetik dua persoalan di fikiran, adakah status ini benar-benar dibuat oleh seorang wanita Islam atau satu mainan oleh pihak tertentu untuk mempersenda Islam?

Betapa lemahnya sistem perundangan kita khususnya yang melibatkan hal-hal agama Islam sehinggakan agama rasmi negara ini terus-terusan dihina dan dipermainkan di media sosial.

Penulis cuba membawa satu contoh yang berlaku di Bangladesh pada di mana Hakim Mahkamah Tinggi, Zahirul Haque telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap empat penulis blog atas kesalahan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Dhaka, Bangladesh.




Pendakwa raya kanan, Shah Alam Lukdar berkata, kesemua penulis blog yang melakukan kesalahan itu pada awal tahun ini, didakwa mengikut undang-undang Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media.

"Merujuk kertas penghakiman, kesemua mereka mempunyai niat jahat dengan menyebarkan fitnah terhadap semua agama," katanya dipetik dari laporan AFP.

Sejak kebelakangan ini, pengikut atheist dan fundamentalis kerap berdebat dalam media sosial di negara itu mengenai isu keagamaan dan ia menjadi serius apabila beberapa penulis blog anti-Islam dibunuh Februari lalu.

Kepada menteri dan agensi yang terlibat, jangan asyik mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung perlakuan SEBIADAP ini. Kalau negara seperti Bangladesh pun boleh mengambil tindakan seperti di atas, apatah lagi Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya. Jelas termaktub dalam perlembagaan negara.

Dan perlu diingat, Islam adalah agama yang adil dan saksama. Tindakan tanpa kompromi juga perlu diambil kepada mereka yang menghina mana-mana agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia. BERTINDAKLAH SEGERA!!!-SUMBER: BELIA BANGKIT

1 comment:

  1. Di malaysia kafir lahanat bermaharajalela utk menghina Islam tnpa kena tindakan pn..walaupn ber PM kn org Islam tp tutup mata sepenuh nya..tgk la kes pelakon lucah babi cina tuh, smpai skg mana ada tindakan apa2 pn...namewee lagi best, siap bole menghadap si botak nazri tuh lg...hebat zaman Najib nie...kalu melayu hina agama depa confirm sepantas kilat kena tindakan...

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC