Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 10 October 2013

TERKINI :PENJENAYAH MATI DITEMBAK TAHNIAH @PDRMsia,KASI CANTAS SEMUANYA !!! (7 GAMBAR)


 Tidak sempat lari jauh, sekumpulan tiga lelaki yang sebelum ini merompak seorang wanita di Klang Selatan ditembak mati oleh polis di LebuhRaya Duke, Sentul dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, ketiga-tiga penjenayah dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditembak ketika cuba melarikan daripada polis.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu dipercayai merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa di Klang selepas memerhati dan mengekori wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sekitar pukul 10 pagi tadi.


                                

“Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta bertindak mengepung kereta wanita itu. Sejurus kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu sebelum memecahkan cermin kereta dan merampas wang,” katanya .

Beliau berkata, polis yang kebetulan berada di kawasan kejadiannya kemudiannya telah mengejar perompak-perompak itu.

“Mereka meninggalkan salah sebuah kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal. Mereka kenudiannya berpecah arah. Polis berjaya mengejar salah sebuah kereta, iaitu Proton Wira berwarna hitam. Semasa berada di Lebuhraya Duke menghala ke Sentul, perompak-perompak itu melepaskan tembakan terhadap pihak polis dan polis bertindak melepaskan tembakan balasan,” katanya.


                                      




Abdul Rahim berkata ketiga-tiga lelaki yang belum disahkan kewarganegaraan itu, mati serta merta. Pihak forensik turut menemui sepucuk pistol di dalam kereta mereka-SUMBER

1 comment:

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC