Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 8 October 2013

TERKINI:POLIS TAHAN DUA ANGGOTA KONGSI GELAP 08, RAMPAS SENJATA!!

Gambar hiasan

Kuala Lumpur, 8 Okt - Dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 08 ditahan dalam Ops Cantas Khas di Taman Bukit Cheras, di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian pukul 5.15 petang itu, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah lori, ditahan polis peronda dan polis menemui sebatang besi, sebilah pisau dan sebatang besi runcing di tempat duduk lori itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek yang berusia 21 dan 23 tahun itu menggunakan senjata tajam berkenaan untuk tujuan menyamun dan merompak.

Kedua-dua suspek itu mempunyai tatu lambang anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai Geng 08 apabila diperiksa dan mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Pada Sabtu juga, menurut Mohan Singh, polis menjumpai sepucuk pistol jenis 0.38mm tanpa peluru di hadapan lif sebuah apartment di Desa Sri Putri, Desa Petaling di sini, kira-kira pukul 10 malam.

"Susulan itu, polis menahan tiga lelaki tempatan berumur antara 20 dan 29 tahun untuk membantu siasatan, bagaimanapun ketiga-tiganya dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC