Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 19 October 2013

TIDAK YAKIN MUKHRIZ BOLEH MENANG - Dr.Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) kelihatan tidak yakin dengan peluang anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan naib presiden Umno esok dengan mengatakan peluang Menteri Besar Kedah itu sekadar 50% kerana tidak menjadi calon pilihan Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Mukhriz adalah calon yang ingin membawa perubahan kepada Umno tetapi malangnya terdapat pemimpin sedia ada enggan menerima perubahan itu.
"Mukhriz bertanding jawatan naib presiden ketika berumur 49 tahun dan ramai menganggap dirinya masih muda."Namun saya tidak melihat faktor itu kerana pemimpin terdahulu Umno telah biasa ditonjolkan dengan kepimpinan di masa usia muda antaranya Tun Abdul Razak.

"Semasa saya menjadi Perdana Menteri dahulu pun saya membariskan pemimpin muda untuk menjadi Menteri Besar, antaranya Tan Sri Isa Samad yang menjawat jawatan itu ketika usia dalam lingkungan 30an," kata Dr Mahathir dalam majlis sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata berdasarkan sejarah Umno sendiri, perwakilan akan memilih calon mengikut kehendak presiden dan katanya di masa pemerintahannya terbukti apabila tiada calon yang menang menentang pemerintahan beliau.

Katanya, pemilihan sayap Umno baru-baru ini juga terbukti apabila calon yang mendapat restu presiden berjaya memenangi jawatan yang ditandinginya."Ini tafsiran saya. Saya tidak melihat apa-apa perubahan meskipun Umno menggunakan sistem pemilihan baru.

"Umno seharusnya memandang lebih jauh kepada Pilihan Raya Umum ke-14 dan jangan hanya melihat dalaman Umno kerana parti itu hanya bertujuan menaikkan pemimpin tertentu tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

"Ramai yang melihat Umno perlu berubah namun masih belum ada perubahan yang dilakukan dari segi kepimpinan. Jika tiada perubahan dalam kepimpinan maka tiada perubahan dalam parti," katanya.Mesyuarat peringkat bahagian dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi Umno esok akan menjadi titik penentu bagi melengkapkan barisan kepimpinan parti di belakang presiden dan timbalan presiden yang menang tanpa bertanding, selain ketua pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang memperoleh mandat minggu lalu.

Jawatan Naib Presiden parti turut ditandingi oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; bekas Ketua Menteri Melaka, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam; bekas Menteri Besuar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - 18 Oktober, 2013.

1 comment:

  1. piliharaya ke 14 bole ke umno menang dgn ramai muka2 muda pengundi berdaftar akan mengundi...

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC