Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 26 October 2013

Pembangkang PR Mula Main taktik Kotor Cuba Fitnah dan Memburuk-Burukkan Ahmad Sohaimi


AHMAD Sohaimi Lazim (dua dari kanan) bersama sekumpulan penduduk Kampung Kabu 10 bertepuk tangan gembira ketika menonton pembentangan Bajet 2014, di Sungai Limau, Jerai, Kedah, semalam.

JERAI 25 Okt. - Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim menempelak blog pembangkang yang mendakwa beliau sebagai lekeh (tidak mempunyai kredibiliti).

Dr. Ahmad Sohaimi berkata, beliau menyedari kempen pembangkang mula memburuk-burukkannya menerusi laman blog setelah dimaklumkan oleh anak-anaknya.

"Jika mereka kata saya lekeh, saya hendak cakap satu benda sahaja iaitu meminta pengundi di Sungai Limau memberi peluang untuk saya menang dalam PRK ini terlebih dahulu.

"Jika ditakdirkan menang, kita tengok apa perubahan dan sumbangan yang dapat saya berikan kepada masyarakat di sini, " katanya ketika bertemu dengan pengundi di Kampung Setia Jaya di sini malam tadi.

Mengulas perancangannya di Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohaimi berkata, beliau mahu membina sebuah tahfiz agama dan sains di kawasan berkenaan supaya pelajar di situ memperoleh peluang pendidikan yang berkualiti.

"Saya mementingkan pendidikan dan mahu anak-anak muda di sini belajar setinggi mungkin supaya dapat mengubah nasib keluarga menjadi lebih baik. Oleh itu, sekiranya tahfiz diwujudkan di sini, anak-anak kita dapat belajar akademik seperti ilmu sains namun pada masa sama, mereka boleh menghafal al-Quran," katanya.

Selain Kampung Setia Jaya, Ahmad Sohaimi turut bertemu pengundi di tujuh buah kampung lagi malam tadi termasuklah di Kampung Bahagia, Kampung Belida Siam dan Kampung Sungai Kering.

Sementara itu, Ahmad Sohaimi menegaskan, tidak ada kawasan yang perlu dikategorikan sebagai kubu kuat Pas kerana sentimen itu telah berubah.

"Kita tidak boleh cakap sesuatu kawasan itu merupakan kubu kuat Pas kerana pengundi terutamanya anak muda akan berfikir secara rasional sebelum mengundi. Mereka mahukan masa depan yang lebih baik," katanya.

Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Politik/20131026/po_03/Ahmad-Sohaimi-tempelak-blog-pembangkang-dakwa-beliau-lekeh#ixzz2irmVdVI8
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC