Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday 25 October 2013

Remaja Amuk Di LRT Gombak!!! (video)


KUALA LUMPUR – Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk apabila dia menikam mati dua orang sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini.

Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.


Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunnya seorang perempuan berusia 40 tahun.

“Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman Melati.

“Kenderaan dinaiki suspek turut berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua dihadapan stesen LRT Taman Melati,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata pemandu van tersebut keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian.

“Suspek kemudiannya kembali menaiki vannya dan memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang dipandu oleh seorang remaja.

“Dia kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam mangsa sebanyak dua kali lagi,” katanya sambil menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia ditempat kejadian.

Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis tiba. Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian. - HMetro


1 comment:

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC