Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 8 October 2013

Tahniah TUN FAISAL ISMAIL AZIZ Akan Bertanding Ahli Majlis Tertinggi!!! VOTE #TF4MT @tunfaisal



Selepas beberapa minggu menanti keputusan sama ada permohonannya diterima atau tidak untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi, akhirnya terjawap..

Exco Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini dibenarkan semula bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan 19 Oktober ini, selepas nama beliau ditolak sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang mengumumkannya di sini hari ini berkata, Tun Faisal dibenarkan semula bertanding selepas mengambil kira kedudukannya dalam Exco Pemuda UMNO dan beliau bertanding MT atas pencalonan daripada pergerakan itu.
Sebelum ini, Tun Faisal dan seorang lagi calon MT, Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman disahkan tidak layak bertanding bagi jawatan tersebut.

Ini berikutan, mereka berdua tidak pernah menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat bahagian, iaitu prasyarat utama untuk bertanding mana-mana jawatan dalam MT. - UTUSAN ONLINE

  

MF kata: Dengan kreadibiliti yang ada pada TUN FAISAL sememang beliau amat layak untuk memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi ,walaupon sebelum ni isu hebat melibatkan kelayakan beliau untuk bertanding ditolak,selepas rayuan beliau dibuat,beliau layak untuk bertanding kembali.

Pendapat MF walaupon beliau tidak ada jawatan kuasa diperingkat bahagin,tetapi hasil kerja beliau melebihi daripada yang mempunyai jawatan ahli,kita dapat lihat bertapa aggressive nya beliau pada PRU13 yang lepas.Beliau banyak memainkan peranan bagi menangkis tomahan-tomahan fitnah dari pembangkang

sesungguhnya kerahan tenaga seperti beliau amat penting bagi melahirkan idea-idea baru bagi membasmi fitnah terhadap kerajaan sedia ada.

Jadi vote beliau untuk mentransformasikan anak muda kearah yang lebih baik,yang paling penting adalah bagi cabaran pilihan raya ke -14 nanti.

#TF4MT 
@tunfaisal

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC