Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 29 October 2013

Hapuskan Pengawal Keselamatan Warga Asing Haram!!!!!


Terbaharu, saya berhubung dengan pegawai Kementerian Dalam Negeri, KDN. Menurut beliau hanya pengawal keselamatan warganegara Malaysia dan bekas tentera warga Nepal sahaja layak bekerja di negara kita.

Dalam erti kata lain bekas polis Nepal dan warga Indonesia biarpun berstatus penduduk tetap TIDAK dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan.
Hemat saya, ramai di kalangan anggota masyarakat memandang remeh berhubung status pengawal keselamatan warga asing bertugas di pejabat atau di kawasan perumahan mereka. Apabila sebilangan bersikap bongkak, kita tidak berani menyanggah kerana mereka berseragam justeru kita menganggap semua bekerja secara sah walhal pengawal terbabit boleh diberkas kerana melanggar syarat ditetapkan KDN.




Terbaharu, saya mendapat maklumat berhubung syarikat tempatan menggajikan 40 warga India memiliki permit kerja di ladang tetapi bertugas sebagai pengawal keselamatan. Saya percaya pemilik syarikat cuba mengelirukan pihak berkuasa kerana agak sukar membezakan di antara identiit warga India berasal dari India berbanding India warga Malaysia.



Pada masa sama, pengawal keselamatan warga Indonesia juga dilaporkan bertugas di sebilangan kelab golf terkenal di Selangor. Jika diperhatikan dari jauh, penampilan mereka sama seperti pengawal keselamatan warga tempatan. Lagak mereka bak pihak berkuasa, kononnya mengawal keselamatan dan memantau pergerakan keluar masuk ahli kelab terbabit. Saya pasti, ramai orang kenamaan melintasi pintu masuk kelab dan diberhentikan untuk pemeriksaan sedangkan 'si pemeriksa' tidak layak melaksanakan tindakan itu kerana mereka bekerja secara tidak sah. Namun, tiada siapa ambil peduli.

Pengawal keselamatan warga asing hakikatnya melanggar undang-undang di hadapan mata kita semua tetapi jarang mereka diberkas. Malah sebilangan kita akur dengan peraturan mereka laksanakan. Kita serahkan dokumen pengenalan diri kepada mereka sewaktu memasuki kawasan kilang atau perumahan tanpa sebarang persoalan hanya kerana mereka bergelar dan kelihatan seperti 'pengawal keselamatan'. Kita mengangkat tangan kepada mereka sebagai tanda hormat sewaktu keluar sedangkan mereka semua memperlekehkan perundangan negara.

Pembaca saya hormati, bermula dari saat ini mari bersama kita menghapuskan pengawal keselamatan haram. Jika pengawal keselamatan terbabit bukan warga Malaysia dan bekas tentera Nepal, sah mereka bekerja secara haram. Hubungi balai polis berhampiran atau bilik gerakan Jabatan Imigresen Malaysia di talian 03 88801556 dan sekiranya ditahan mereka boleh didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan permit kerja.Tindakan itu sekaligus membuka ruang dan peluang kepada warga tempatan meraih rezeki mengambil alih tugas mereka.

Nota: Artikel Mazidul Akmal Sidik pada 15 Julai 2010.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC