Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday 20 October 2013

Rombongan Bas Pengantin Terbabas!!!



JERTEH: Rombongan 27 orang termasuk pengantin lelaki yang dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Kota Bharu, Kelantan, berdepan detik menakutkan apabila bas sewa khas yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 104, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu awal hari ini.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, semua anggota rombongan dari Johor Bahru, Johor terbabit hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.

Jurucakap polis Besut yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas itu cuba mengelak sebuah kereta yang hilang kawalan dan memasuki laluannya.

"Akibat itu bas terbabit terbabas ke bahu kiri jalan dan terbalik," katanya.

Sementara itu saksi kejadian, Badli Wahab, 33, berkata kejadian berlaku kira-kira 15 meter dari rumahnya di Kampung Gerai.

"Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjengah keluar saya nampak sebuah bas terbalik dengan sebahagian badannya berada di dalam longkang yang dipenuhi air hujan," katanya kepada pemberita.

Menurutnya dia kemudian bergegas menyelamatkan mangsa.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC