Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 29 October 2013

Pelajar dan Duda Di cekup Berkhalwat!!



Seorang duda dijatuhi hukuman denda RM2,400 atau empat bulan penjara, sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan pasangannya, seorang pekerja spa, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas duda berkenaan yang bekerja sebagai kerani, 49, mengaku salah melakukan khalwat dengan pasangannya, 27, di sebuah rumah di Taman Permint Perdana, Kampung Batin, di sini, kira-kira jam 10.55 malam, pada 23 September lalu.

Dia mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Pasangannya yang masih bujang juga turut mengaku bersalah atas tuduhan sama dan dikenakan denda RM2,300 atau tiga bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Terdahulu, pasangannya memberi alasan mereka berjumpa di rumah duda itu untuk membincangkan urusan perniagaan.

Sementara itu, di mahkamah sama, Kamalruazmi turut mengenakan denda RM2,900 atau lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda terhadap dua pelajar yang mengaku bersalah selepas ditahan dalam keadaan mengaibkan di dalam sebuah kereta.

Kedua-dua mereka yang baru berusia 19 tahun itu mengaku bersalah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah di dalam sebuah kereta di kawasan parkir kereta di Pantai Batu Burok, di sini, kira-kira jam 12.05 tengah malam, pada 23 September lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persedian untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes berkenaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu.-sh

1 comment:

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC