Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 8 October 2013

SEMINAR MENDEPANI VIRUS SYIAH "13 OKTBR 2013" semua di jemput!!!


JANGAN LUPA HADIR!



1.Yayasan Mutiara akan menganjurkan seminar bertajuk ‘Mendepani Virus Syiah’ dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya gejala penularan fahaman Syiah terhadap institusi keagamaan di negara ini.

2.Pengerusinya Datuk Jahara Hamid berkata empat kertas kerja akan dibentangkan sebagai pengisian seminar yang akan diadakan pada 13 Okt di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

3.Beliau berkata seminar itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang, Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan USM dengan kemasukan percuma.

4.“Usaha membenteras penularan gejala Syiah ini menjadi tanggungjawab bersama kerajaan dan orang awam, jadi seminar ini kita akan jelaskan bahaya fahaman Syiah terhadap kestabilan dan keselamatan negara.

5.“Dalam seminar ini juga kita akan jelaskan bagaimana modus operandi golongan Syiah menyebarkan fahaman mereka,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini Selasa.
Empat kertas kerja itu termasuk ‘Asas-asas Percanggahan Syiah dan Ahli Sunnah’ yang akan dibentangkan pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Mohd Fauzi Hamat.

6.Kertas kerja kedua bertajuk ‘Konsep Imam dan Imamah Syiah dan Percanggahan Islam’ akan dibentangkan Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, UM Ustaz Mohd Hamid Ismail.

7.Seterusnya ‘Aqidah Qumayni Berdasarkan Karyanya – Kasyful Asrar, Al Hukumah Al Islamiyyah’ oleh Ustaz Abdullah Din, guru agama Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah.

8.Kertas kerja keempat bertajuk ‘Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara’ oleh Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri Ustaz Zamihan Md Zain Al-Ghari.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC