Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday, 14 October 2013

PENYAMUN PALING BODOH ABAD INI!! DAH MENYAMUN UPLOAD DALAM FACEBOOK!!




TONTON : VIDEO : Kejadian Rompak Kafe Siber Dengan Parang

Dalam video berkenaan, dua penyamun yang dirasakan masih berumur sekitar belasan tahun dengan bersenjatakan parang masuk dan kemudian menyuruh penjaga kafe siber berkenaan menyerahkan duit dan barang berharga mereka.

Penulis dah katakan bahawa mereka masih muda. Mungkin baru sahaja menceburi bidang merompak ini.


Ketika merompak mereka beriya-iya memakain topi keledar mengelakkan identiti mereka dikenalpasti, dek kerana kebodohan mereka kemudian mereka memuatnaik gambar mereka dengan hasil rompakan ke laman sosial Facebook.

Tak ke bodoh tu? Baiklah demi menjaga hak asasi manusia kami katakan mereka berdua ‘kurang pandai’.
Bangga Muatnaik Gambar 2 Jam Selepas Menyamun

Bagaimanapun akhbar Harian Metro yang menyiarkan berita mereka menggunakan tajuk “Penyamun Bodoh Diburu” jadi anda boleh menilai sendiri tahap mental mereka yang baru berjinak-jinak nak jadi perompak ini.

Menurut laporan akhbar itu, dua penyamun ini memuatnaik gambar bangga mereka selepas merompak bersama dengan hasil rompakan sambil tersenyum.

Adik, tunggu sahajalah polis memburu anda. Ketika dalam lokap, cubalah senyum macam dalam gambar tu ya. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC