Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday 13 October 2013

Isteri Saman Suami Sebab Tendang Punggung!! KHAS BUAT KAUM ISTER,WAJIB BACA!!!

MUHAMMAD Eslamluddin (tengah) tersenyum selepas selesai membayar kompaun RM300, semalam.

Kuantan: Seorang lelaki terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Majistret, di sini, hanya mengarahkan dia membayar kompaun RM300 atas kesalahan menendang punggung isterinya tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Eslamluddin Salehudin, 30, dari Taman Beserah, di sini, sebelum itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Jessica Daimis.

Tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan menendang punggung serta menyebabkan lebam di bahagian lengan isterinya pada 25 September 2012 di rumah bernombor 25, Lorong 3, Taman Beserah jam 2.30 petang.

Dia melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Muhammad Eslamluddin yang memakai baju-T berwarna merah dilihat ditemani isterinya serta beberapa ahli keluarganya sepanjang prosiding itu berlangsung.~Harian Metro

MF: Kepada kaum isteri yang selalu kena dera dengan suami tu(kalau ada la...) ini la kesempatan dan kelebihan yang anda miliki,jadi guna la sebaik-baiknya..hehehhee..

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC