Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 31 October 2013

#PRKSg.Limau: 'PAS serang saya sebab tiada pilihan lain untuk menang' - Mukhriz


Post Pic

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akui bukan mudah untuk parti itu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau daripada PAS pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung 4 November ini.

Namun Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu tidak mustahil untuk berlaku dengan syarat pengundi di kawasan berkenaan mendapat maklumat yang tepat mengenai apa yang berlaku.


Justeru, beliau meletakkan peluang BN memenangi kubu kuat PAS itu hanya 50 peratus kerana sentimen tinggi pengundi di kawasan itu terhadap bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Kempen kita semakin rancak dan saya lihat kedua-dua belah pihak memang berusaha gigih untuk meraih sokongan daripada pengundi.

"Peluang bagi BN pun saya ingat masih di tahap 50-50 sebab maklumlah kita cuba membawa agenda pembangunan di tempat yang mana sentimen terhadap penyandang iaitu Tan Sri Azizan agak tinggi," katanya kepada Antarapos.

BN meletakkan  Ahmad Sohaimi Lazim, pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) manakala PAS pula diwakili Ketua Pemuda Kawasan Jerai, Azam Abdul Samad.

Mukhriz berkata, pengundi di DUN Sungai Limau perlu memberi peluang kepada BN untuk melakukan perubahan di kawasan itu.

"Jadi walaupun begitu kita berusaha untuk cuba menyakinkan pengundi di situ bahawa ada sesuatu yang kita nak bawa ke DUN Sungai Limau dan nampaknya dari segi penerimaanya agak menggalakkan," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Sungai Limau diadakan susulan kematian Azizan pada 26 September lalu.

PAS serang sebab tiada modal berkempen

Ditanya mengenai kempen PAS yang dilihat menyerang kredibiliti beliau, Mukhriz berkata, ia menunjukkan parti berteraskan Islam itu tidak mempunyai modal berkempen bagi meraih sokongan.

"Mungkin mereka dah tak banyak modal untuk berkempen agaknya kerana dulunya mereka kerajaan dan sekarang bertukar jadi pembangkang.

"Jadi dalam soal nak menabur bakti kepada rakyat sudah tentu keupayaan mereka agak terhad, berbeza dengan parti pemerintah di peringkat negeri dan persekutuan seperti mana BN," katanya.

Justeru, kata beliau, PAS terpaksa menggunakan apa sahaja cara termasuk mengurangkan pengaruh politiknya dalam kempen DUN Sungai Limau.

"Jadi mungkin kerana menyedari akan keadaan itu mereka tidak ada pilihan lain selain mempertikaikan kemampuan  kerajaan negeri sekarang ini yang saya sendiri sebagai menteri besarnya untuk memberi matfaat dan faedah kepada rakyat di DUN Sungai Limau ini," katanya.

Tatkala kempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau tinggal beberapa hari lagi, jentera PAS dilihat lebih fokus kepada usaha mengurangkan kredibiliti Mukriz.

Ini termasuk membangkitkan isu kononnya Mukhriz ditolak oleh anggota Umno sendiri ekoran kegagalan beliau merebut jawatan naib presiden pada pemilihan parti yang lepas, di samping mendakwa menteri besar itu masih dibayangi bapanya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
hasma murni

~antarapos

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC