Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 24 October 2013

Rompakan di USJ,Pegawai Bank Mati Di Tembak Semalam!!



PETALING JAYA: 23/10/2013 Seorang pegawai operasi sebuah bank di sini, maut ditembak dalam satu kejadian rompakan oleh pegawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2, petang semalam.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, yang sudah berkhidmat 16 tahun dengan bank berkenaan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek. 


Ketika kejadian, mangsa bersama suspek berusia 37 tahun serta tiga lagi pekerja wanita bank berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi. 

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian.Suspek yang berjaya mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Sementara itu,Suami kepada pegawai operasi bank itu difahamkan baru beberapa minit menghubungi mangsa sebelum kejadian tembakan itu berlaku.

Difahamkan suami mangsa yang dikenali sebagai Wan itu menghubungi isterinya itu ketika hujan lebat pukul 6 petang.

Anak saudara mangsa, Mohd. Fakri Azad M. Azhar Syawal, 22, berkata, bapa saudaranya itu menghubungi telefon bimbit mangsa supaya isterinya berhati-hati memandu dalam hujan lebat.

"Ketika panggilan pertama Pakcik Wan sempat bercakap dengannya dan mengingatkannya supaya berhati-hati kerana hujan amat lebat petang tadi dan makcik saya ini pula seorang yang rabun.

"Selepas itu, Pakcik Wan menghubungi makcik saya sekali lagi namun panggilan tidak berangkat. Kemudian saya diberitahu pihak bank menghubungi pakcik saya selepas itu lalu menyuruh dia ke premis itu dengan segera.

"Mereka tidak memberitahu perkara sebenar dan hanya menyuruh pakcik saya datang dan melihat sendiri keadaan makcik saya," katanya lagi



MF Kata: Bagi Menghormati keluarga Mangsa,MF sudah pon delete semua gambar mangsa yang di tembak,cuma ada  gambar semasa sahaja boleh klik link untuk tengok-->http://t.co/si7uQauCr8

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC