Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 12 October 2013

PANAS: Pasangan PORNO Malaysia Buat Hal Lagi Dengan Muat Naik Video Terbaru!!!


SHAH ALAM: Dua bulan selepas dibenarkan ikat jamin atas tiga pertuduhan menerbitkan gambar menghasut umat Islam dan mempamerkan gambar lucah di laman web, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee sekali lagi cuba menarik perhatian masyarakat.

Kali ini Alvin membuat rakaman video dua minit yang menunjukkan teman wanitanya Vivian seolah-olah kecewa dengan hidupnya dan menyalahkan masyarakat di atas gelagat mereka sebelum ini sehingga cuba mengelar tangannya.


Video berjudul 'Penyesalan' itu dimuat naik di akaun Twitternya pada petang semalam dan turut dimuat naik di laman YouTube, Rabu lalu.

Antara bait yang ditulis dalam klip video berkenaan adalah:

"Saya rasa sukar menjadi orang dewasa. Jika saya ikut hati, semua orang kata saya salah. Saya jahat dan tidak berguna.

"Bukan itu sahaja mereka yang saya sayang juga enggan sayang saya lagi. Semuanya kerana idea saya dan mereka berbeza dan saya pilih jalan hidup yang unik dan tersendiri.

"Adakalanya saya fikir jika saya buat perkara yang betul adalah yang terbaik. Jujurnya saya penat. Mereka berjaya. Saya gagal. Saya sering mendengar suara hati saya. Mereka semua menyambutnya dengan riang," katanya.

Video itu diakhiri dengan babak Vivian meletakkan sebilah pisau di pergelangan tangannya sebelum skrin bertukar kabur.

Julai lalu pasangan itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana menerbitkan bahan menghasut di laman sosial Facebook "Alvin dan Vivian-Alvivi" di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu gambar dan komen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pasangan penulis blog itu turut didakwa memuat naik penerbitan yang sama di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.

Bagi pertuduhan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Selain itu, mereka didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman web www.alviviswingers.tumblr.com antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 5(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan dan ditahan selama lapan hari sebelum dibebaskan atas jaminan sementara menunggu perbicaraan.~antarapos

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC