Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 30 October 2013

#PRKSg.Limau : Kerajaan Prihatin 1.8 juta Untuk SJK(Cina)



YAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM1.8 juta kepada tiga sekolah Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Ini membabitkan RM1 juta bagi pembinaan 12 bilik darjah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Min, RM50,000 untuk baik pulih pagar di SJKC Pei Hwa dan RM750,000 juta untuk SJKC Yok Min di Sungai Limau Dalam.
Turut diumumkan peruntukan RM200,000 sebagai dana permulaan Tabung Pendidikan Masyarakat Cina Sungai Limau.

Beliau dalam pada itu turut mengumumkan kelulusan pembinaan pasar nelayan serta peruntukan RM2.5 juta bagi projek tukun tiruan di sini, dan RM500,000 lagi diperuntukkan untuk penambahbaikan Jeti Kuala Dulang Kecil, Sungai Limau di sini.

Peruntukan dan kelulusan itu adalah tanggungjawab kerajaan bagi menaik taraf hidup nelayan yang sememangnya menjadi antara keutamaan kerajaan, katanya.

"Oleh itu kalau jeti di Sungai Limau tak elok, belanja RM500,000 kita luluskan, kalau nelayan kata tak ada tempat untuk buat berniaga jadi mereka nak pasar, Menteri (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) tadi kata, boleh,.

"Kemudian katanya tak cukup tukun tiruan...dimaklumkan pimpinan negeri tadi dah ada RM2.5juta peruntukan untuk menambah tukun-tukun tiruan," katanya pada Majlis Sarapan 1Malaysia di Kuala Dulang Kecil, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Yan, Saidin Kassim dan calon BN bagi pilihan raya kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Muhyiddin berkata nelayan, selain petani dan peladang, adalah kumpulan istimewa dari pandangan mata kerajaan kerana tanpa usaha dilakukan mereka, negara akan menghadapi ancaman besar dalam agenda Jaminan Keselamatan Makanan negara.

"Oleh sebab itu perkara (jaminan makanan) ini paling penting, bukan sahaja untuk negara kita malah seluruh dunia dan saya sebutkan sejak saya menjadi menteri pertanian sehingga sekarang, kita tak akan abai aspek pertanian negara, walaupun menjadi negara maju, industri bertambah bagai cendawan, kilang-kilang bawa masuk pelabur, sediakan pekerjaan.

"Soal makanan tak boleh kita abaikan, ia tetap akan menjadi asas dan keutamaan kerajaan Barisan Nasional, maka sebab itu apa yang telah kita usahakan, akan kita lipat gandakan, mana kurang kita tambah," katanya

Sementara itu, mengenai pencerobohan kawasan perairan oleh nelayan-nelayan yang tidak mempunyai kelayakan lesen bagi kategori tertentu, Muhyiddin berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) akan menguatkuasakan peraturan berkaitan bagi mencegah isu berkenaan berlarutan.

"Saya diberitahu, di Kuala Kedah sahaja 23 kes penguatkuasaan dilakukan, mereka yang terlibat telah ditahan APMM dan di Kuala perlis ada 29 kes, maknanya penguatkuasaan ini akan terus dijalankan supaya jangan ada pihak yang tak berhak menceroboh masuk ke kawasan yang tak dibenarkan," katanya.-antarapost

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC