Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday 11 October 2013

PANAS : SORANG LAGI AHLI PERNIAGAAN MATI DITEMBAK!!! @ APterkini



SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan yang sedang minum di sebuah restoran di Kajang selepas bermain badminton, maut apabila ditembak pada jarak dekat kira-kira 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata R Appalasamy, 47, sedang duduk di restoran berkenaan apabila seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup muka penuh tiba-tiba meluru ke arahnya dan melepaskan dua das tembakan.


"Tembakan itu mengenai bahagian muka dan dada mangsa. Dia dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang dekat sini untuk dibedah siasat.-sumber




MF KATA: Ambik sorang lagi dah kena,bila POLIS +PDRMsia  buat kerja ramai yang komplen,SOP bagai..sekarang walaupon OPS CANTAS dijalankan masih ada nyawa yang melayang,sebabnya ada sesetengah rakyat yang mempertikaikan hasil kerja Pihak Polis.

Sekarang jangan salahkan POLIS tak buat kerja,sebagai rakyat yang mahu kan keamanan dan ketenteraman,kita harus SUPPORT dan SOKONG pihak berkuasa untuk membenteras penjenayah-penjenayah yang di luar sana.

Hasil kerja dan kejayaan Pihak Polis telah banyak kita lihat,jadi lepas ni berikan sokongan padu PIHAK POLIS untuk lebih hebat membenteras semua penjenayah dan bukannya mempertikai hasil kerja POLIS.




No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC